CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1856|Reply: 3

Elak Al Fatihin Menjadi Viral Di Negara Kita- Lt Kol (B) Ahmad Ghazali

[Copy link]
Post time 13-7-2016 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




sumber foto: google image



Pemantauan secara menyeluruh amat diperlukan ke atas penyebaran akhbar digital, Al Fatihin di negara ini yang diterbitkan oleh Kumpulan Militan Daesh.


Gesaan itu dinyatakan oleh Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Lt Kol (B) Ahmad Ghazali Abu Hassan apabila diminta mengulas mengenai penerbitan akhbar berbahasa Melayu itu dalam format e-book atau digital yang dikesan baru-baru ini.


"Mungkin tidak ada undang-undang yang menghalang untuk memuat turun (kandungan) akhbar itu daripada internet, namun saya berpendapat ia perlu dielak daripada diviralkan atau dikongsi menerusi media sosial."


Selain itu menurut beliau juga, tindakan itu adalah untuk menyekat langkah terancang Daesh daripada memperolehi pengikut baru.


Edisi pertamanya mengandungi 20 halaman dilaporkan dilancar di Selatan Filipina 20 Jun lepas.   


Tegasnya, penerbitan Al Fatihin tidak harus dipandang ringan kerana ia boleh memberi impak kepada masyarakat, terutama golongan muda termasuk pelajar di peringkat sekolah dan universiti. - CARI






sumber : Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2016 05:10 PM | Show all posts
Layout ebook al fatihin daesh tu mantap gak. Simple n nice gitu. Lagi lawa dari layout forum Cari.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 13-7-2016 05:10 PM
Layout ebook al fatihin daesh tu mantap gak. Simple n nice gitu. Lagi lawa dari layout forum Cari.

Logo cari pun cincai habis..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 05:48 PM | Show all posts
errrmmm..

bila nk tangkap pekerja UTUSAN tu?
diala yang viralkan 1malaysia
siap bagi link downlod lagi.

ni suspek simpan 1bendera pun diserbu
kene tangkap,gari, humban dlm jail.

utusan siap pomot link bagai viralkn tarak kene plak.

cm kambeng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.241459 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list