oleh Adib Za
Meskipun model ini memiliki tubuh badannya yang berisi, namun dia tidak pernah berasa malu dengan dirinya.
Itulah yang diluahkan oleh model plus-size, Ashley Graham, 28 yang berbangga dengan bentuk badannya meskipun tahu ramai yang mengutuk dan mengkritiknya.
"Seseorang memberitahu peha saya memiliki banyak selulit. Namun kini saya sedar peha inilah yang memberikan cerita tentang kemenangan dan keberanian," tulisnya menerusi akaun Instagram.
"Agensi turut menyuruh saya untuk menurunkan berat badan," katanya.
Sebelum ini dia pernah menghiasi majalah Sport Illustrated dan pelbagai majalah lain bila berat badannya semakin meningkat. Lalu ia menyebabkan banyak kritikan diberikan kepadanya, meskipun dia dikenali sebagai model plus-size.
Sehingga kini pun gadis ini masih memiliki berat yang agak berlebihan. "Saya masih memiliki lemak dan selulit, namun saya memutuskan untuk mencintai bahagian itu," katanya.
Bagaimana, adakah anda mahu menjadi seberani Ashley? - CARI
Sumber foto: Carian google
|