View: 6305|Reply: 59
|
[Jenayah]
FAM vs TMJ = Pendrive
[Copy link]
|
|
JOHOR Southern Tigers
JANGAN DIAJAK PENEMBAK TEPAT PERGI MENEMBAK
Anda memberi komen tentang pemain yang bersara dan membuat kenyataan seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan. Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu 'terima kasih'. Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja. Usah tunjuk kepada saya dan generasi sekarang yang anda semua sebagai orang lama susah hendak menerima bahawa masa dan dunia ini telah berubah. Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ini adalah 'pendrive' diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek. Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, 'jangan diajak penembak tepat pergi menembak'.
Akhir sekali, saya ingin mengingatkan, duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bolasepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
----
DON'T INVITE A SNIPER TO GO SHOOTING
You commented about the retirement of some players and making statements as if they did not serve the country and win anything with the national team. Why is it so difficult to respect their decision? There's only one thing you should say about them or to them, which is 'thank you'. Thank you for their sacrifices all these while. That's it. You don't need to show me and the current generation that you as old-timers are struggling to accept that the world and time have changed. What's strange is that after all these years, all of you can accept and stand the 30 years of corruption within the Football Association of Malaysia (FAM).
Here is a pendrive containing the information and activities within the FAM, the media personnel that the FAM always uses including former footballers in Malaysia, the amount of money taken by FMLLP and given to the FAM as well as a rubbish auditor's report given to me by my high-ranking friends in Kuala Lumpur. Maybe it's time for football supporters of this country to see the truth and judge for themselves. I have a commander in India who always says, 'don't invite a sniper to a shooting range'.
Lastly, I would like to remind you all that the rakyat's money should be used for the rakyat only. Not for football and politics. Please take action on the issue of player salaries that has not been resolved.
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo dah ade rahsia eh
boleh la reveal
TMJ kalau betul nak ubah bola malaysia
sila bertanding jawatan utama FAM
bagi tgk camne
jgn buat tindakan untuk diangkat/dipuji jer
|
|
|
|
|
|
|
|
haruslah replied at 18-7-2016 04:18 PM
ooo dah ade rahsia eh
boleh la reveal
Dia dah penah bertanding tp kalah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mirage_46 at 18-7-2016 04:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Royal on royal violence. Best tengok ni |
|
|
|
|
|
|
|
cuba smpai berjaya
huhu
org ade2 ni payah sket
ni mmg buku temu ruas
|
|
|
|
|
|
|
|
ni mcm kes ezam kotak? bekotak2 rahsia negara |
|
|
|
|
|
|
|
okay teruskan.... aku tunggu je babak seterusnya |
|
|
|
|
|
|
|
Apa komen Tengu Dolah? Anok sedara dah mula cucuh api tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul, iols setuju..... |
|
|
|
|
|
|
|
Akhir sekali, saya ingin mengingatkan, duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bolasepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan.
Harap-harap boleh la selesai.. Ameen |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul ada penyelewengan, keluarkan cepat
Jangan sekadar sembang kencang
Kalau sekadar nat tunjuk pendrive, semua orang boleh hatta external hard disk sekali pun
|
|
|
|
|
|
|
|
rugi peyno xder... |
|
|
|
|
|
|
|
pendrive.
ni panama fam ke ape..
|
|
|
|
|
|
|
|
untung la ada pendrive. aku ada pen kilometriko je... |
|
|
|
|
|
|
|
dah ke dalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Aritu nak ajak KJ debat apa cer.... macam all over the place pulak dia ni. Consistency agak kurang menyengat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|