View: 4405|Reply: 20
|
Kanak-Kanak Umur 8 Tahun "Kuat Makan" Demi Selamatkan Ayahnya!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: Yangzi Evening News
Seorang kanak-kanak berumur 8 tahun terpaksa mengamalkan tabiat "kuat makan" agar berat badannya cepat meningkat untuk menyelamatkan ayahnya.
Difahamkan, ayahnya telah berjaya menjalankan pembedahan memindah sum sum tulang dan kejayaan itu sangat menggembirakan kanak-kanak tersebut. Kini impian terbesarnya adalah untuk menguruskan badannya semula.
Menurut laporan media China, seorang pegawai syarikat pembinaan berasal dari Xu Zhou di Wilayah Jiangsu yang bernama Cao Lei, didapati menghidap penyakit Leukemia bercampur akut dan satu-satunya cara rawatan adalah menjalankan pemindahan sum sum tulang.
Oleh kerana ibu bapa Cao Lei sudah lanjut usia, jadi mereka tidak sesuai untuk menjalani pembedahan. Tambahan pula tiada sum sum tulang yang sesuai di pusat simpanan sum sum tulang. Jadi satu-satunya pilihan adalah anaknya yang berumur 8 tahun yang bernama Cao Yu Peng.
Berdasarkan peraturan yang ditetapkan, penyumbang sum sum tulang berat badannya harus mencapai 45kg ke atas, tetapi ketika itu berat badan Cao yu Peng hanya kira-kira 30kg sahaja. Oleh itu, dia perlu menambah berat badannya.
Ekoran perbelanjaan rawatan Cao Lei agak tinggi, duit simpanan keluarga mereka semakin berkurangan.
Ahli keluarga mereka juga tidak mahu lagi membazir, daging yang dibeli hanya untuk dimakan oleh Cao Yu Peng dan ahli kelurga yang lain terpaksa makan lebih sayur.
Dalam masa hanya sebulan sahaja, berat badan Cao Yu Peng bertambah sebanyak 13kg. Bermula dari bulan Jun, Cao Yu Peng mula keluarkan darahnya. Dalam masa seminggu dia perlu mengeluarkan darah sebanyak 700ml.
Menurut ibu Cao Yu Peng, setiap kali selepas anaknya mengeluarkan darah, muka anaknya itu akan menjadi pucat dan kelihatan tidak bertenaga, tetapi anaknya tidak pernah menangis.
"Dulu saya dan ayahnya panggil dia sebagai paip air, di mana dia mudah menangis apabila berdepan masalah, saya beritahu dia sedikit pun tidak seperti seorang lelaki sejati. Tetapi untuk kali ini, saya betul-betul tidak sangka dia begitu cekal."
" Saya risau dia akan sakit dan tidak sampai hati melihatnya. Tapi bila dia nampak saya menangis, dia pula yang memujuk saya"
Sumber foto: Yangzi Evening News
Pembedahan pemindahan sum sum tulang Cao Yu Peng kepada ayahnya sudah berjaya dilaksanakan pada 6hb Julai lalu, tetapi ayahnya masih perlu tinggal di dalam bilik pemindahan yang tertutup selama 2 bulan untuk tujuan pemantauan.
Manakala bagi Cao Yu Peng, selepas pembedahan, dia dengan bangganya menyatakan : "Hanya saya seorang sahaja yang mampu menyelamatkan ayah!"- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Good job dik |
|
|
|
|
|
|
|
Salute you kid. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh bagus
Walaupun terkejut hakak tambah 13kg per minth |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya...semoga sihat2 belaka lepas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sorg je yg nak menangis baca ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cakap Good Job. Tapi bile baca, sedih pun ada. Budak pun kecik lagi kot. Dengar cer operation sum sum tulang ni sakit |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pnjang umur ayah
good job dik,awak kuatttt sgt |
|
|
|
|
|
|
|
siannya. tp kt china mmg daging mahal. sbb tu ramai mkn sayur2. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak yang baik.aku pula rasa sedih |
|
|
|
|
|
|
|
uwaa kagumnya dgn budak ni..
semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
anak yg baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bergenang airmata. Anak yang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Kecik2 dah berjasa untuk ayahnya moga mereka cepat sihat seperti sediakala |
|
|
|
|
|
|
|
Uwaaa sedih baca.
Terima kasih dik selamatkan ayah awak! |
|
|
|
|
|
|
|
Semuga ayah & anak panjang umur..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi lah ank yg berguna... Great ! |
|
|
|
|
|
|
|
good job adik...kanak memang lain..hati mereka kuat dan tak mengada2 mcm orang dewasa..kita ni hati busuk..semua benda kita compare..compare keje,gaji,makan minum,rumah,agama,bangsa,negara dan segala2 la |
|
|
|
|
|
|
| |
|