CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6324|Reply: 28

'Nak Jual Kopi Atau Nak Berperang Ni Kak?'

[Copy link]
Post time 20-7-2016 12:19 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib ZA

"Ini nak jual kopi ke atau berperang?" Mungkin itulah yang terpacul di mulut ramai orang yang terserempak dengan kenderaan yang mempromosikan syarikat kopi Zawara.


Memang menimbulkan tanya tanya, namun nampaknya ia telah berjaya menarik perhatian sekaligus membuatkan ramai mula tertarik dengan jenama Zawara Coffee.


Sebuah kenderaan yang mirip kenderaan perisai milik Angkatan Tentera Malaysia itu turut dipasang dengan dua pelancar roket tiruan. Memang betul-betul nak berperang 'promosi'!












Bagaimanapun, memetik laporan Berita Harian hari ini, pihak polis telah menahan dua orang lelaki yang didapati memandu kenderaan itu di Jalan Semarak Api, Cyberjaya.


Dalam kejadian 11.30 pagi itu, polis yang sedang membuat rondaan telah menahan kenderaan terbabit selepas mendapat aduan orang awam bagi tujuan pemeriksaan, kata Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali.

"Hasil siasatan mendapati dua lelaki berkenaan menjual kopi dan kenderaan itu diubah suai sebagai 'food truck' bagi menjual minuman itu.

"Kenderaan itu bukanlah kenderaan tentera sebenar dan pelancar roket itu juga adalah palsu," ujar Abdul Aziz kepada Berita Harian.












Rasanya tiada salah menghias 'foodtruck' untuk tujuan promosi dan juga menarik perhatian pelanggan. Namun, tindakan pemasaran sehingga meniru reka bentuk kenderaan tentera bukanlah cara yang betul.


Apa pula pendapat anda? Setuju atau tidak dengan cara pemasaran provokatif begini? - CARI



Sumber: Berita Harian


Sumber foto: Berita Harian/ Siakapkeli

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah . Think out of the box .
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 01:43 PM | Show all posts
bukan ke tengok rupa truck mcm tu lagi org takut nak dekat
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 01:43 PM | Show all posts
  kamuflaj ni mmg orang awam takleh guna dan termaktub dalam undang2 takleh memiliki kenderaan mirip angkatan tentera malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:27 PM | Show all posts
bagus la tu.. tarik perhatian org ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 03:22 PM | Show all posts
Gimmik terlebih sudah akhirnya sendiri yang terjerat.  Elok le check dulu decor macam mana yang dibenarkan baru le buat.  Dah le sejak dua menjak ni orang ramai jadi fobia bila melibatkan military ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2016 03:27 PM | Show all posts
marketing
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapayana replied at 20-7-2016 01:43 PM
kamuflaj ni mmg orang awam takleh guna dan termaktub dalam undang2 takleh memiliki kenderaan mirip ...

Agreed. Sama ngan uniform
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngok nya.....

Idea sapa lah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
wth !!bom je si jibby n rosmah
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 08:36 PM | Show all posts
ponatnya...mesti tldm x approve
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 20-7-2016 09:28 AM
Agreed. Sama ngan uniform

Baju hujan boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 10:36 PM | Show all posts
belajar dgn Dr Azizan Osman ,yg penting   "corner baring"  
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju hujan ngan logo pon xbleh kot..try tgk Kanun n Akta berkaitan..mcm dah dikira niat utk dipercayai diri sebahagian daripd anggota berkenaan.. betulkan if I silap
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 11:34 PM | Show all posts
aku rase zawara kopi ni pemes pon sbb kontroversi. xpenah dgr pulak org viral dgn kesedapannya
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Power gak dia modified.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2016 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
membantutkan kreativiti...

sekali nengok pun tau dah, bukan ATM punya celoreng.. lagi pulak sekarang pakai digital camo..

itu kan pakai sticker jer.. klu camtu, awal2 la haramkan sticker2 camtu dijual.. nih kat kedai2 accessories kete berlambak2 sticker mcm tu.. siap kaler ijau lagi mcm celoreng ATM, cuma stail loreng jer lain..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
zawara coffe
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 12:48 PM | Show all posts
tak faham...apa kaitan jual kopi dgn kenderaan cam tentera? strategi marketing yg mengelirukan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya nak jual kopi dgn abang2 tentera.. berjuang di perbatasan tanpa mrmgantuk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.075750 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list