View: 1770|Reply: 3
|
Kenyataan Jab. Kehakiman US Semalam Sama Dgn Laporan The Edge Tahun Lepas- Nazir
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Adik kandung Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazir Razak, yang juga pengerusi kumpulan CIMB telah memuat naik gambar muka surat depan akhbar kewangan tempatan The Edge Financial Daily yang disiarkan tahun lepas di Instagramnya pada malam Khamis lalu.
Menurut beliau tindakan undang-undang sivil yang diambil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Rabu lalu, sebenarnya telah disiarkan pada muka surat depan The Edge tahun lepas, namun disebabkan berita tersebut, The Edge telah diarahkan berhenti operasinya.
" Pada 12 bulan dahulu, laporan berita muka surat depan ini telah mengakibatkan mereka diarah henti operasi. Tetapi hari ini, Jabatan Kehakiman Amerika memberi hujah yang sama."
"Demokrasi bukan semata-mata ditonjiolkan dalam sistem pilihan raya, ianya juga wajar ditonjolkan dalam agensi kerajaan yang amanah, kebebasan media dan keluhuran undang-undang."
Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit penyiaran dua akhbar utama yang dibawah The Edge Media Group, iaitu The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama 3 bulan. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
US jumpa macam-macam, tapi di malaysia takde apa-apa. MENTERI KEWANGAN tak buat kerje ke? Duit negara kena songlap pun mcm tak nampak je. 1 bilion USD kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 22-7-2016 06:15 PM
US jumpa macam-macam, tapi di malaysia takde apa-apa. MENTERI KEWANGAN tak buat kerje ke? Duit negar ...
Semua jewatan tu dia juga pegang... mana la nk jumpa kesalahan nya |
|
|
|
|
|
|
|
since the news from US whatever department..what I i saw..i heard..is nothing from Malaysian mainstream news..tv3..rtm..newspaper..radio etc which we known as pro jibby .. none of them talk about it..seems like noting serious happened...only a few..which called puak pembangkang yang bersuara..come on Malaysians...its our nation...open your eyes..at some point I do believe that those who remain silent betul dibagi makan dedak gamaknye....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|