Jumaat lalu, filem terbaru Kabali yang dibintangi pelakon superstar Bollywood Rajinikanth telah mula ditayangkan di pagawam.
Terdapat syarikat swasta di India memberi cuti dan menghadiahkan tiket percuma kepada seluruh kakitangan syarikat untuk menonton filem tersebut, dikatakan bertujuan semata-mata bagi mengelakan pekerjanya mengambil cuti untuk menonton filem tersebut.
Rajinikanth adalah salah seorang pelakon yang berbayaran tinggi di Asia dan juga mempunyai jaminan kutipan jualan tiket tertinggi di dunia perfileman India.
Bakal ditayangkan di kira-kira 12 ribu buah pawagam di seluruh India, Kabali merupakan filem yang mengisahkan kongsi gelap dan filem tersebut sebelum tayangan umum dikatakan telah memperolehi sambutan yang cukup luar biasa di kalangan masyarakat India di seluruh dunia.
sumber foto: google image
Sesetengah syarikat di Bangalore, Chennai dan bandar-bandar lain mengumumkan Jumaat lalu sebagai hari cuti. Ada syarikat mengatakan mereka berbuat demikian adalah untuk mengelakan sebilangan besar kakitangan disebabkan keinginan menonton filem tersebut, pun memohon cuti daripada jabatan sumber manusia atau ponteng kerja.
sumber foto: google image
Pengerusi syarikat perisian Orangescape turut memberi tajaan dan menghadiahkan tiket kepada kakitangannya, termasuk mengambil keputusan bersama 1000 kakitangannya menonton filem Kabali.
sumber foto: google image
Menurut laporan, syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia juga mengadakan satu penerbangan khas dari Bangalore ke Chennai dengan membawa seramai 180 orang peminat Rajinikanth untuk menonton filem Kabali pada tayangan hari pertama.
Selain itu, beberapa artis tempatan yang terkenal seperti Datok Rosyam Nor, Norman Hakim dan Jack Taipan turut memegang watak penting dalam filem tersebut.Filem ini juga akan dialih suara ke Bahasa Melayu. Selain Malaysia, penggambaran filem ini turut dijalankan di Bangkok dan Hong Kong.