Edited by matsyeh at 27-7-2016 06:04 PM
Khairul Padam Rekod 18 Tahun Acara Pecut Milik Watson[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 5:03 PM [size=0.688em] [size=0.688em]Khairul Hafiz Jantan mencipta rekod baharu kebangsaan acara 100 meter lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-18 di Stadium Sarawak pada Rabu. Foto: Bernama [size=0.688em]KUCHING: Rekod 100 meter kebangsaan berusia 18 tahun akhirnya dileburkan pelari muda Melaka, Khairul Hafiz Jantan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-18, di sini pada Rabu.
Raja Pecut baharu negara itu melintasi garisan penamat dalam saingan akhir acara berkenaan di Stadium Sarawak dengan catatan 10.18 saat, sekali gus memadamkan rekod lama 10.30s yang dicipta Watson Nyambek pada Sukan Pra-Komanwel 1998.
Pingat perak milik pelari tuan rumah, Jonathan Nyepa yang mencatat masa 10.36s. Seorang lari pelari Melaka, Badrul Hisyam Abdul Manap, yang turut mencatat masa 10.36s terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.
Keputusan itu dibuat berdasarkan 'photo-finish'.
10.18 saat
rekod lama 100m
NR : 10.30s Watson Nyambek (Sarawak) Bukit Jalil 15/07/1998
GR : 10.33s Watson Nyambek (Sarawak) Pahang 1996
|