View: 962|Reply: 0
|
Jemaah Haji Perlu Beri Maklumat Kesihatan Yang Tepat- Dr Noor Hisham
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Jemaah haji perlu memberi maklumat yang betul semasa pemeriksaan kesihatan bagi memudahkan doktor membuat diagnosis yang tepat semasa di Tanah Suci.
Demikian pesanan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah buat mereka yang bakal bertolak ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji.
Tegas beliau, dengan adanya maklumat yang tepat mengenai kesihatan jemaah haji, doktor juga dapat menentukan sama ada mereka memerlukan rawatan lanjut di hospital untuk menstabilkan penyakit kronik yang dihidapi.
"Bagi jemaah haji yang penyakit kroniknya tidak stabil dan tidak terkawal sehingga hampir waktu untuk bertolak ke Tanah Suci adalah disarankan untuk menangguhkan pemergian mereka ke Tanah Suci ke tahun hadapan dan maklumkan kepada pihak Lembaga Tabung Haji mengenai perkara itu."
Dr Noor Hisham juga menyarankan jemaah haji memakai topeng muka di tempat yang berhabuk untuk mencegah dan mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan, selain meminum air sekurang-kurang tiga hingga empat liter setiap hari.
Beliau turut menasihatkan jemaah haji supaya tidak membeli makanan yang dijual di kaki lima jalan kerana dikhuatiri tahap kebersihan penyediaan makanan berkenaan.
Jemaah haji juga disarankan supaya tidak mengunjungi ladang unta atau haiwan atau meminum susu, air kencing unta, memakan daging unta atau berkunjung ke tempat penyembelihan haiwan korban kerana aktiviti ini boleh memberi risiko untuk mendapatkan jangkitan MERS-CoV, katanya.
Dr Noor Hisham juga menasihatkan jemaah supaya mengelakkan memakai pakaian yang tebal di waktu siang, dan memakai pakaian tebal hanya di waktu malam dan subuh semasa ke masjid atau berada di luar tempat penginapan.
Pada tahun ini, seramai 22,320 jemaah haji dari Malaysia akan mengerjakan ibadah haji dengan kumpulan pertama akan berlepas pada Khamis depan.- CARI
sumber info : Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|