|
oleh Adib Za
Kredit resipi: Azlita Masam Manis
Seringkali kita tertanya-tanya bagaimana daging masak merah ala Thai boleh disediakan sedemikian rupa?
Bukan sahaja enak, lembut malah campuran rasa pedas dan manis sangat mengancam jiwa.
Tidak sukar rupanya untuk membuat resipi ini, seperti yang dipetik dari blog Azlita Masam Manis. Daging tersebut direbus terlebih dahulu dengan pewarna merah sehingga lembut.
Kredit foto: Resipi Citarasa Wan
Bahan-bahan:
500 gm daging, dipotong nipis dan direbus dengan pewarna merah hingga lembut
1 biji bawang besar, di hiris
1 biji capsicum hijau, di potong
1 cm halia, di ketuk
2 ulas bawang putih, di ketuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
Hiasan
daun sup
daun bawang
kacang buncis
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum.
2. Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram. Jika terlalu kering tambahkan air rebusan daging. Perasakan dengan garam
3. Masukkan daging rebus dan biarkan merenih dan kuah sedikit pekat.
4. Akhir sekali masukkan capsicum, kacang buncis, daun sup dan daun bawang.
5. Angkat dan sedia dihidangkan. - CARI |
|