Oleh Izzah Abbasy
Berus gigi biasanya perlu ditukar sebelum ia mengembang. Kadang-kadang ramai yang tidak ambil berat tentang penjagaan berus gigi kan?
Pernah tak terfikir bulu berus gigi yang kembang boleh kembali kepada bentuk asal seperti baru beli? Pasti tidak, betul tak? Yang pasti, bulu berus yang sudah kembang ia perlu dibuang dan ditukar kepada yang baru.
Tetapi, rupa-rupanya berus gigi kembang boleh jadi cantik semula. Bolehlah jimatkan kos anda jika malas nak beli yang baru.
Namun, janganlah sampai setahun pun tak tukar-tukar berus gigi. Melampau sangatlah kan? Baca info penting berikut :
Bilakah berus gigi perlu ditukar?
1) Apabila bulu berusnya mula kembang atau haus.
2) Selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk.
3) Selepas 3 bulan penggunaannya.
Tonton juga video di bawah untuk mengetahui cara mengembalikan berus gigi kembang kepada bentuk asal. Cuma rendamkan berus gigi dalam air panas je!
|