CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2557|Reply: 4

Masalah Peranakan Jatuh Boleh Jejaskan Hubungan Kelamin

[Copy link]
Post time 2-8-2016 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Jangan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk.
Tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.



Ini kerana  tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah ke peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor.



Akhirnya dapat tahu rahim atau bahagian peranakan atau rahim jatuh! Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj.

Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.

Tiga peringkat masalah rahim jatuh :

1) Peringkat pertama - rahim turun sedikit sahaja
2) Peringkat kedua - rahim sedikit terkeluar pada lubang faraj
3) Peringkat ketiga – rahim terkeluar sepenuhnya. Pada peringkat ini ia boleh mengganggu proses membuang air.



Tip untuk jaga peranakan

1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.



2. Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ini menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.

3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik.

4. Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.

5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.

6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.

7. Amal makan jamu sejak anak dara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2016 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni aku nak share apa doctor kat rancangan talkshow ni cakap.

Rahim ni bukan ada soket2,biasanya tukang urut tolak2 keatas,doktor ni cakap dr perut yg ditolak tu kadangkala pundi kencing kita.senaman kegel paling bagus dalam mengencangkan otot rahim meningkatkan daya kemutan.mcmtu juga latihan ben wa ball.

Lagi satu buat sit up dgn cara tak betul pun akan menyumbang pada peranakan tu turun
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 12:50 AM | Show all posts
kagel exercise kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 03:44 PM | Show all posts
jamu apa yg sesuai?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 04:41 PM | Show all posts
jamu apa yg sesuai?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042062 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list