CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3117|Reply: 13

12 Kegunaan Ubat Gigi Selain Untuk Mengosok Gigi

[Copy link]
Post time 3-8-2016 05:38 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : Dean BZ






Selain untuk menggosok gigi, ubat gigi sebenarnya mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan harian yang mungkin anda belum ketahui.


Mari kita lihat apakah 12 lagi kegunaan ubat gigi.




1. Lampu Kereta
Boleh digunakan pada lampu kereta anda yang kelihatan kotor.  Letakkan ubat gigi pada span basah dan sapu pada bahagian yang kotor. Kotoran akan mula hilang beberapa minit kemudian.


2. Kotoran Pada Tapak Kasut
Kotoran bahagian tepi tapak kasut boleh dihilangkan dengan mengguna ubat gigi.


3. Dakwat Pada Baju
Terkena dakwat pada baju? Jangan risau, ambil ubat gigi, sapu pada bahagian yang terkena dakwat, Biarkan sehingga kering, dan basuh pada keesekon harinya. Selesai masalah anda.


4. Gigitan Nyamuk
Terkena gigitan nyamuk pada kaki , tangan ? sapu sahaja ubat gigi akan menghilangkan kesan gigitan nyamuk. Dalam sekelip mata sahaja.






5. Jerawat
Pasti semua sudah tahu, jerawat juga boleh dihilangkan dengan menggunakan ubat gigi. Sapu pada jerawat di muka anda okay !


6. Pemukaan Seterika
Kesan hangus di permukaan seterika? Sapu dan polish engan menggunakan ubat gigi pada bahagian muka seterika.


7. Skrin Telefon Bimbit
Anda boleh cuci permukaan telefon bimbit yang kotor dengan menggunakan ubat gigi.


8. Permukaan Kasut “Flat”
Tahu kan kasut jenis flat? Permukaan kasut ini kebiasaannya jenis PVC, jika kotor, boleh cuci pakai ubat gigi okay!


9. Kilatkan Kuku
Letak ubat gigi pada permukaan kuku, polish dan basuh. Lihat hasil kuku anda, berkilat !






10. Rambut Terkena Gula-Gula Getah
Tanggalkan gula-gula getah dengan sapu ubat gigi pada bahagian rambut yang terkena gula-gula getah tersebut


11. CD’S
CD anda tersekat-sekat? Jangan takut rosak, gunakan ubat gigi untuk cucu permukaan CD anda. memang menjadi!


12. Kesan Kotor Di Permaidani
Kotoran pada permaidani? Senang jer, ambil span basah dan letak sedikit ubat gigi, gosok pada bahagian kotoran itu dan… tadaa! Hilang ??? wow!


Selepas ini, jika anda mengalami masalah seperti diatas bolehlah cuba selesaikan dengan ubat gigi. Selamat mencuba - CARI







Sumber - era.fm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2016 07:15 PM | Show all posts
Info menarik boleh le dicuba
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa buat masa jerawat baru nk tumbuh sebelum tido.esoknya kecut jerawat
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 07:25 PM | Show all posts
nak cubalah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hilang jerawat? kesan nyamuk..?
okehhh..meols cop nak repack ubat gigi under brand SpenkiGigi..
boleh pm untuk harga spesel...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 11:28 PM | Show all posts
Lampu kereta tu memang jd berkilat. Haritu aku dok buat kat kete laki aku. Tengah lumur colgate dia balik, terkujat aku sebab tahu dia mesti pikir aku mandai2, terketar gak aku takut kat youtube tu menipu, sekali betol da... Memang kilat. Dan dah buat juga kat kete lama dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2016 11:31 PM | Show all posts
Kilatkan kuku pun betol. Biasanya aku rendam , tangan dgn air garam dan air panas. Sental2, lepastu aku sapu ubat gigi, bg kering dah tu gosok guna berus gigi buruk. Kuku nak cakap kilat xlah tapi bersih pink2 gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 01:00 AM | Show all posts
ubat gigi pon mahal skrg. xde keje aku nk guna ubat gigi semata2 nk buat cmtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 09:26 AM | Show all posts
nk try kat cd la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 11:19 AM | Show all posts
Yg kt lampu kereta tu selalu buat. berkesan la jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 11:48 AM | Show all posts
Banyak juga kegunaan lain ubat gigi ini.
Info yang berguna
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 04:48 PM | Show all posts
Info menarik boleh le dicuba
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 04:48 PM | Show all posts
Info menarik boleh le dicuba
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 08:55 PM | Show all posts
Good info.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.599624 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list