Artikel Oleh Vincent Loo | Video Oleh Ong Chang Hong | Suntingan Visual Oleh Yen Jean Siang l
Selepas tindakan undang-undang sivil yang diambil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad, 1MDB, pengerusi Bersih2.0 memaklumkan dalam satu sidang media yang diadakan di pejabatnya, memaklumkan Perhimpunan aman BERSIH 5.0 bakal diadakan.
Satu gerakan majmuk yang melibatkan pelbagai pihak akan dibina untuk menjayakan perhimpunan kali ini.
Selain menuntut sebuah kerajaan yang bersih dan telus, perhimpunan kali ini lebih tertumpu pada skandal 1MDB iaitu tuntutan terhadap individu yang dikenali sebagai Malaysian Official 1 yang dimaksudkan oleh DOJ itu dikenal pasti dan dibawa ke muka keadilan.
Namun perhimpunan tersebut yang telah diadakan beberapa kali sebelum ini, adakah ianya benar-benar memberi kesan terhadap apa yang dituntut mereka?
Sebelum ini menurut pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, SUHAKAM yang baru dilantik, himpunan jalanan hanya membawa kerosakan harta benda awam sahaja, ianya perlu dilaksanakan dengan cara yang lebih pelbagai untuk mempertahankan hak asasi manusia.
Akan tetapi ada tak apa-apa cara boleh diguna pakai agar tuntutan rakyat dapat ditunjukkan dengan lebih baik?- CARI
|