View: 1683|Reply: 7
|
68 Pasport Rakyat Malaysia Yang Sertai Daesh Dibatalkan - Zahid
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Kerajaan telah membatalkan 68 pasport rakyat Malaysia yang menyertai kegiatan Daesh di negara-negara terlibat dengan militan itu.
Demikian yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor, kelmarin.
Tambah beliau, pembatalan itu berkuat kuasa dua minggu lalu selepas mendapat arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
"Jika mereka pulang ke negara ini, tindakan perundangan akan diambil terhadap mereka mengikut Akta Imigresen."
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno turut memaklumkan dalam ucapannya, terdapat dua keluarga iaitu di Shah Alam dan Ipoh, Perak, bertindak menjual rumah, restoran dan kereta masing-masing untuk menyertai perjuangan militan Daesh di Syria.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjejaki lapan butir bomtangan yang dipercayai masih berada di tangan militan Daesh di negara ini.
Beliau berkata, dua daripada 10 bom itu telah digunakan dalam serangan disebuah pusat hiburan di Puchong, pada Jun lepas.
Tambah Ahmad Zahid, isu membabitkan militan Daesh bukan satu pengalihan atau sengaja diadakan untuk menakutkan rakyat kerana ia adalah ancaman sebenar. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Cash lah xdpt berketupat rendang di tanah air. Makan aja lah daging dhob salai di padang pasir |
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno turut memaklumkan dalam ucapannya, terdapat dua keluarga iaitu di Shah Alam dan Ipoh, Perak, bertindak menjual rumah, restoran dan kereta masing-masing untuk menyertai perjuangan militan Daesh di Syria.
keluarga2 bodow... pasport dibatalkan, bergentayanganlah korang di Syria tu sampai mampos. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai jual segala aset utk join militan?
Speechless baca..
Mmg taksub bebenar dah org2 mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa |
|
|
|
|
|
|
|
korban tidor nak renew passport
|
|
|
|
|
|
|
|
Ekekekeke.... Skrg nk buat or renew passpoart dh mcm apa ntah...
Punyala ramai manusia, lebih2 lg UTC Pudu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|