|
Oleh : TS LOO
sumber foto: google image
Seekor gajah dengan gading menghala ke bawah, hampir menyerupai haiwan prasejarah, harimau gigi pedang ditemui Jabatan Hidupan Liar Sabah.
Menurut Penolong Pengarahnya, Dr Sen Nathan, penemuan yang luar biasa itu adalah ketika jabatannya membuat translokasi sekumpulan gajah dari Felda Umas, Tawau ke kawasan baharu.
"Ia penemuan yang jarang berlaku, namun semua gajah mempunyai keunikan tersendiri."
Difahamkan, gajah terbabit akan dilepaskan semula ke kawasan hutan simpan.
Gajah Pygmy Borneo antara haiwan yang disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli (IUCN).- CARI
Gajah Menyerupai Haiwan Prasejarah Ditemui Jabatan Hidupan Liar Sabah
sumber info: Bernama |
|