CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5611|Reply: 12

Tanda-Tanda Rumahtangga Terkena Sihir. Nombor 4 Tu Sadis Sangat

[Copy link]
Post time 15-8-2016 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Gambar sekadar hiasan






Kehidupan berumahtangga tidak boleh lari dari dugaan dan ujian. Sedangkan lidah tidak bertulang lagi kan tergigit, ini kan pula kita manusia yang penuh kesilapan dan punya kelemahan.


Kata orang jika tiada pergaduhan dalam rumahtangga pasti tiada kemanisan hidup berumahtangga, sekali sekala kena lah bergaduh baru lah bahagia. Betul ke?


Apa yang nak dikongsikan kali ini bukanlah soal pergaduhan antara suami isteri yang jarang-jarang berlaku (gaduh manja atau gaduh cemburu) tetapi pergaduhan yang sangat kerap. Jika anda dan pasangan sering bergaduh setiap masa hingga menimbulkan kebencian itu mungkin satu petanda tidak baik dan perlu diperiksa segera. Mungkin anda telah terkena perbuatan sihir dari orang yang mempunyai niat tidak baik terhadap anda sekeluarga.


Dibawah ini terdapat beberapa tanda jika pasangan yang sudah berumahtangga terkena sihir. Jom periksa!





Gambar hiasan






Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:

#1- Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
#2- Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
#3- Isteri (atau ada juga suami) berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
#4- Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
#5- Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
#6- Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
#7- Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
#8- Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
#9- Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.


Sekiranya ada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir. Jangan biarkan perkara ini berlarutan kerana mungkin rumahtangga anda akan lebih "goyang".



Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat.


Selain itu, perbanyakkan lah aktiviti ibadah dan sentiasa memohon doa dari Allah S.W.T agar rumahtangga dijauhkan dari perkara yang tidak elok. - CARI











Sumber : Ohmuslim.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2016 04:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 04:28 PM | Show all posts
ada juga orang yang lebih prefer nak salahkan sihir daripada salahkan diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 09:54 AM | Show all posts
Kalau memang tanda tanda Yang disebut di atas ini boleh dijadikan sandaran Yang betul....then bermakna hampir kesemua isteri isteri Datin Datin FD...Kita memang sedang kena sihir...

tak salah ler telahan manak selama ini.........



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:02 PM | Show all posts
         
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:46 PM | Show all posts
Manusia yang suka memecahbelahkan rumahtangga orang akan dapat kifarah, cepat atau lambat!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2016 03:51 PM | Show all posts
rasanye tak semua kene sihir kot...gadoh pun sebab perangai memasing..yang tak boleh nak lebihkurang, tolak ansur..ego tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 11:34 PM | Show all posts
mcm mana nak tau samada btul2 kena sihir atau tidak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 05:29 AM | Show all posts
Edited by mannak3.8 at 17-8-2016 05:30 AM
terma2nkondisi2 replied at 16-8-2016 11:34 PM
mcm mana nak tau samada btul2 kena sihir atau tidak?

Dari perkongsian mokcik mokcik dalam board ni terutama dalam tred dinding tuh...hang masih Tak yakin kah derang dah kena sihir??? Kalau tak pun...mereka Yang telah sihirkan diri mereka sendirik...no one else....Kan, Kan,Kan????




Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 05:33 AM | Show all posts
mak replied at 16-8-2016 03:51 PM
rasanye tak semua kene sihir kot...gadoh pun sebab perangai memasing..yang tak boleh nak lebihkurang ...

Hang kalau nak sebut ego Tinggi tuh tolong mellow downkan  sikit melodinya...nanti terasa hati si robinnnnnnn  dan SM kita tuh, tau.......





Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurang nikmat sekk gi jumpe dokter tuan dulu. Jgn cepat besangkarebel sihir
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:10 PM | Show all posts
good info tq
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 11:55 PM | Show all posts
aleuto kau sihir..
dah pasangan masing masing cam sial pastu nk salahkan sihir..
sapa nk perkhidmatan sihir boleh pm aku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4047 Replies : 179
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 38716 Replies : 84

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.124004 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list