View: 1734|Reply: 6
|
Satelit Komunikasi Quess Antigodam Pertama Dunia Dilancarkan China
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: www.newscientist.com
Awal pagi semalam, berlokasi di pusat pelancaran satelit Jiuquan di barat laut wilayah Gansu, Satelit Eksperimen Kuantum Pada Skala Ruang atau Satelit Quess telah dilancarkan oleh China.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, satelit tersebut dicipta untuk mewujudkan komunikasi kuantum dengan cara penghantaran data dari angkasa lepas ke daratan yang tidak boleh digodam.
Selain itu, difahamkan komunikasi kuantum memiliki ciri keselamatan tinggi kerana foton kuantum yang digunakan tidak boleh dipisahkan, disalin semula atau digodam.
Sehubungan itu, ketua saintis projek, Pan Jianwei menyifatkan satelit yang baru dilancarkan itu menandakan peralihan peranan China yang sebelum ini hanya dikenali sebagai pengikut dalam perkembangan teknologi maklumat kepada antara peneraju dalam memacu pencapaian masa hadapan.
Walaupun mendapat bantahan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Beijing tetap menegaskan tujuan program angkasa lepasnya adalah untuk keamanan.- CARI
sumber info: www.newscientist.com |
|
|
|
|
|
|
|
Nice lah |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas China |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manjalara_01 at 18-8-2016 12:10 AM
Amerika paranoid la tu...eheheheh
mesti lepas ni hackers unite! utk nak godam China..
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam pernah bangkem bukak thread ni.. tapi di mana ye |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ada tgk cerita bersiri x ingat tajuk
sorg ni kerja programmer dlm 1 syarikat gergasi
bila siang kerja jaga security system company tu
bila mlm dpt upah dari mafia utk hack system yg dia dan kwn2 dia buat sendiri tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|