Pastinya ramai di antara kita amat teruja dengan watak-watak kartun hidupan laut dalam filem Finding Nemo dan Finding Dory yang diterbitkan oleh Disney Picture.
Lupakan saja watak kartun haiwan laut seperti Nemo atau Dory kerana sotong paling comel di dunia sebenar telah dijumpai di California Selatan.
Memetik Sience Alert, sotong comel tersebut mempunyai karekteristik mata tersembul bewarna ungu berjaya dikesan oleh sekumpulan ahli biologi dari Robot penyelidikan E/V Nautilus.
sumber foto: http://www.mirror.co.uk
Selain dikenali sebagai 'dumpling squid', ianya turut dipanggil sebagai 'stubby' yang dikatakan dari keluarga sotong Rossia Pacifica dan penemuan berkenaan disifatkan sebagai jarang ditemui.
Spesis berkenaan menghabiskan seluruh masanya bertapak di laut dalam dan selalunya menanam diri mereka di dalam pasir.
Sotong jenis ini juga boleh dijumpai di dasar laut yang mendalam dari Jepun sehinggalah ke California Selatan dan boleh dijumpai hidup sedalam 1,300 meter di dalam laut.
Lautan dlam....kalau lah, kita boleh mencari method dan melatih binatang lautan sepertimana kita melatih anjing untuk mengesan...boleh lah mereka mengesan apa saja yg hilang di lautan...kerna hanya mereka saja yang boleh berkomunikasi antara mereka.