View: 2345|Reply: 11
|
Kerana Gemuk, 8 Penyampai TV Mesir Digantung Kerja
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Kegemukan atau juga dikenali dengan obesiti merupakan suatu masalah yang cukup merisaukan khususnya di kalangan remaja.
Buat personaliti TV wanita khususnya, kegemukan menjadi permasalahan yang cukup membimbangkan kerana sebagai personaliti yang berdepan dengan masyarakat umum amatlah dituntut memiliki tubuh yang ramping dan cantik untuk menarik lebih ramai penonton.
Menyedari hal itu, Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir (ERTU) memberi masa sebulan kepada lapan penyampai wanita untuk menurunkan berat badan sebelum boleh membuat kemunculan semula di kaca televisyen dengan "penampilan lebih sesuai".
Tindakan stesen penyiar Mesir itu mengarahkan penyampai wanita terbabit mengamalkan diet selama sebulan membangkitkan kemarahan kumpulan hak wanita. ERTU mempunyai pengarah wanita, Safaa Hegazy yang juga bekas penyampai berita televisyen. Pengumuman itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyampai wanita terbabit.
Hos Channel 2, Khadija Khattab, memberitahu akhbar beliau mahu orang ramai melihat penampilannya di televisyen dan menilai sendiri sama ada beliau 'gemuk' dan sama ada layak dihalang bertugas. Seorang lagi penyampai berkata, keadaan itu mengecewakan keluarganya dan sepatutnya ditangani secara tertutup. Pusat Garis Panduan dan Kesedaran Perundangan Wanita mengutuk langkah itu, berkata ia melanggar Perlembagaan dan adalah bentuk keganasan terhadap wanita.
Walaupun berhadapan kritikan, sumber ERTU memberitahu laman web berita Veto, keputusan itu tidak akan ditarik balik tetapi gaji dan faedah kumpulan penyampai wanita berkenaan tidak akan dipotong, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). Pengulas media Mesir membahaskan sama ada penggantungan itu wajar. Wartawan akhbar Al-Ahram, Fatma al-Sharawi, berkata dasar itu perlu dilaksanakan di semua stesen televisyen tempatan.
Namun penulis dan ahli akademik, Waheed Abdul Majid, berasa saluran itu perlu memberi tumpuan kepada memperbaiki kandungan, bukan penampilan penyampai. Di media sosial, sebahagian pengguna meluahkan sokongan kepada wanita berkenaan tetapi beberapa lagi menggelar mereka 'bakabouza' , perkataan yang digunakan untuk menggambarkan wanita gemuk. - CARI
Sumber - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
di TV3 skrg, ramai pengacara wanita di program kewanitaan gemuk-gemuk |
|
|
|
|
|
|
|
Sila le joint boot camp dengan kadar segera |
|
|
|
|
|
|
|
ala gantung kerja je pon, apa la salahnya ko pegi je kruskan bdn, bkn g berperang, ni idok besaukan bntot n ternak lemak je |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaaa..... kecoh je.... org tu boleh cari keje lainnn |
|
|
|
|
|
|
|
bulat...... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgok CNN ade akak latino obes baca kaji cuaca.aku lak mengah sesak nafas tgok dia mundar mandir tunjuk map |
|
|
|
|
|
|
|
InVendeTTa replied at 18-8-2016 04:06 PM
Aku tgok CNN ade akak latino obes baca kaji cuaca.aku lak mengah sesak nafas tgok dia mundar mandir ...
Aku naik Air Bew Zealand. Badan FA tu mcm org Maori main rugby besar debab. Bontot dia je dah mkn ruang aisle tu. Susah aku kena alih muka setiap kali dia lalu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian lobai kesunyian.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ko public figure, jaga la badan tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|