Oleh Izzah Abbasy
Bukan nasi saja yang ada 'kandar' tau. Anda biasa masak Daging Masak Kandar? Jika tidak, penulis kongsikan dengan anda resepi Daging Masak Kandar ini.
Asyik masak resepi yang sama sahaja jika lauk daging kan? Sekali-sekala kena tukar juga selera. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
1 kilo daging
20 ulas bawang kecil (dihiris)
Bahan yang perlu dibasuh dan direndam sampai kembang :
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
15 tangkai cili kering (direbus)
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inci halia (kesemua ini dikisar bersama bahan yg direndam diatas)
***bahan-bahan yang direndam, airnya itu kisarkan sekali. Jangan buang airnya.
1 cawan sos tomato
1 cawan kicap pekat
2 sudu besar kerisik
4-5 tangkai daun kari
Sedikit gula, garam, kiub ayam/ daging
Cara-cara penyediaan :
1) Tumis bawang dan daun kari hingga kekuningan
2) Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan daging. Kecilkan api biarkan sehingga air daging hampir kering dan ketika daging hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.
3) Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat. Kemudian masukkan diakhir sekali.
Nota : Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jangan terlalu garing. Lebih sedap jika gunakan gula melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih.
Sumber : Adnilsam Apat |