oleh Adib Za
Anda memang gemarkan menu berasaskan kepak ayam? Apa lagi, bolehlah nanti cuba Padu wing yang menyediakan pelbagai jenis hidangan kepak ayam.
Ini termasuklah Killer Krispy yang katanya memang terbaik, rangup dan ada pula kombinasi keju yang berlemak!
Manakala Spicy Freak pula menampilkan kepak ayam yang disediakan pedas-pedas sampai merah telinga mengadapnya!
Antara lain menu kepak ayam di Padu Wing adalah seperti Bar-B-Q, Terayaki, Cola Flava dan tak terlupa menu nachos yang rangup dan berkeju.
Lokasi gerai ini adalah di Overloaded Western KL yang terletak di Setiawangsa.
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin
Jam operasi: 7.45 malam - 12 malam |