|
oleh Adib Za
Pelakon Nazrief Nazri menafikan gosip cinta dia bersama Emma Maembong, sekaligus menjadi punca keretakan hubungan Emma bersama Kamal Adli.
Malah, menerusi Mstar Online, Nazrief berkata gosip tersebut juga sesekali tidak menjejaskan hubungan kerjanya bersama Emma ketika menjalani penggambaran drama baru-baru ini.
"Kami menjalani penggambaran seperti biasa, tidak terganggu atau berasa janggal. Kami juga tidak pernah membincangkan tentang gosip tersebut kerana ia memang tidak benar sama sekali.
"Lagi pula, setakat ini belum banyak lagi babak yang melibatkan kami bersama, pengarah banyak habiskan babak kecil dahulu," terangnya.
"Setakat ini peminat-peminat pasangan itu pun faham dan tiada yang marah saya. Biasalah, gosip sebegitu sudah menjadi lumrah seorang artis, pada saya ia tidak menjejaskan pun," katanya lagi yang kini sibuk menguruskan kerjaya nyanyiannya pula.
"Alhamdulillah, saya sudah mengikat kontrak dengan Mind Order pada Ogos lalu dan kerjaya nyanyian saya akan bermula," kata pelakon mirip Fahrin Ahmad itu. - CARI
Sumber: Mstar Online
Foto: Instagram Nazrief
|
|