|
Oleh : Dean BZ
Sumber foto - cacarair.org
Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak akhir-akhir ini. Kadar penyakit berjangkit di Malaysia begitu tinggi dan kes terbaru negara kita diserang virus ZIKA bawaan nyamuk.
Secara umumnya penyakit bawaan vektor nyamuk ialah Demam dengue (DF), Demam Dengue Berdarah (DHF) dan malaria.
Penyakit berjangkit juga boleh merebak melalui hubungan seks rambang dan perkongsian jarum suntikan iaitu AIDS, HIV, siflis , gonorrhea dan hepatitis B.
Berikut pula merupakan senarai penyakit berjangkit yang telah diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) untuk makluman semua :
Sumber foto - kpkesihatan.com
1. Batuk Kokol
2. Campak
3. Chancroid
4. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
5. Demam Kuning
6. Difteria
7. Disenteri (Semua Jenis)
7A. Ebola
8. Jangkitan Gonococcal (Semua Jenis)
8A. Laptospirosis
9. Keracunan Makanan
10. Kolera
11. Kusta
12. Malaria
12A. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
13. Plague
14. Pollomielitis (Akut)
15. Rabies
16. Relapsing Fever
17. Sifilis (Semua Jenis)
18. Tetanus (Semua Jenis)
19. Tifoid dan Salmonoloses lain
20. Tifus dan Ricketsioses lain
21. Tuberkulosis (Semua Jenis)
22. Viral Ensefalitis
23. Viral Hepatitis
24. Apa-apa jangkitan mikrobial lain yang mengancam nyawa
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengawal penularan penyakit berjangkit terutama yang boleh menyebabkan kematian, namun kadar penularan penyakit ini masih lagi meningkat. Oleh itu, usaha berterusan perlu dilakukan oleh masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung. - CARI
Sumber foto - ippbm.gov.my
Sumber - hpitas.moh.gov.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|