Eh, macam ada sesuatu yang tidak betul, apa ni lelaki memakai bikini? Baru-baru ini, stesen minyak petrol untuk 3 bandaraya di Rusia telah bersama-sama melancarkan satu aktiviti yang cukup menyeronokkan iaitu bagi mana-mana pelanggan yang datang mengisi minyak dengan berpakaian bikini, semuanya akan diberi percuma.
Setelah berita itu diumumkan, ianya telah menarik perhatian sebilangan besar perempuan dan lelaki rata-rata berpakaian baju renang jenis bikini, pakai kasut bertumit tinggi, datang ke stesen minyak berdekatan dengan memandu kereta masing-masing.
sumber foto: http://sobadsogood.com/
sumber foto: http://sobadsogood.com/
Yang paling hodoh tapi melucukan, kali ini golongan lelaki turut tidak ingin melepaskan peluang untuk mengisi minyak dengan percuma, maka menyaksikan sebilangan kecil kaum adam yang berani berketampilan pakaian 'bikini' dan beratur panjang di stesen minyak.
Ada penduduk tempatan menyatakan secara gurauan, biarpun penampilan bikini yang ditunjukkan oleh golongan lelaki amat menggelikan dengan kaki yang berbulu dan ada juga di bahagian badan, tetapi kehadiran mereka sedikit sebanyak memeriahkan lagi suasana di stesen minyak.
Difahamkan, aktiviti tersebut ketika pembukaannya dalam masa 3 jam telah berjaya menarik hampir 200 pelanggan yang ingin menyertai.- CARI