CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3369|Reply: 11

[Tempatan] Ali Tinju ugut "bunuh" Maria Chin? dan jugak senaman bontot

[Copy link]
Post time 15-9-2016 12:23 PM | Show all posts |Read mode
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/14/tunggu-dan-lihat-amaran-ali-tinju-pada-maria-chin/[]

Ali Tinju ugut Maria tak jalan di bumi lagi

Nawar Firdaws | September 14, 2016
Maria Chin bagaimanapun komited kepada usaha mendesak reformasi institusi di Malaysia
ali-tinju-maria-chin-1

PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin perlu berwaspada atau beliau nanti “tidak akan berjalan di atas bumi”, kata pemimpin Gerakan Merah Ali Tinju.
Bekas anggota tentera itu, yang nama sebenarnya Mohd Ali Baharom, memberi amaran selepas Maria mengumumkan tunjuk perasaan Bersih 5 akan diadakan 19 November nanti.
“Kita akan serang hendap dia. Tengok masa. Saya tak kisah masuk penjara. 10 tahun pun tak kisah.
“Tunggu dan lihat. Dia tak akan rasa aman, walaupun pengawal peribadi 10 ke 20 orang, kita akan sebat.
“Dia kena ingat. Saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera.
“Jangan cabar kami. Nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah jalan,”
katanya kepada FMT hari ini.
Sementara itu, Ali berkatakumpulannya mungkin akan menganjurkan sesi senaman di depan kediaman Maria untuk menguatkan pinggul mereka.
Dia tidak menceritakan rancangannya itu dengan lebih lanjut, sebaliknya memaklumkan FMT dia merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan sekiranya Bersih meneruskan rancangan 19 November itu. Katanya, Bersih 5 beri masalah kepada rutin harian orang lain.
“Kenapa dia pulak nak jadi hero. Kalau kamu semua tak puas hati dengan kerajaan yang memerintah, kamu semua tunggu PRU-14 lah. Negara kita ada undang-undang, kena hormati undang-undang.
“Kita akan turunkan orang-orang kita dan buat tunjuk perasaan terhadap ‘Kuning’ pada hari yang sama.
“Tetapi dalam masa terdekat ini saya akan serang hendap Maria Chin. Mungkin kat rumah, mungkin kat kedai, mungkin kat mana-mana.
“Perbuatan pada 19 November untuk buat himpunan akan menyusahkan orang berniaga, orang nak beli belah, pelancong pun rasa takut nak datang, dan rasa negara ini seperti tidak aman dan tidak selamat. Jadi Maria Chin pun tidak akan selamat selepas ini.”
Ditanya mengenai tindakan undang-undang sekiranya dia menyebabkan bahaya menimpa Maria atau pada orang yang menjaga keselamatannya, Ali berkata perkara itu terletak pada mahkamah, bukan Maria.
“Jangan buat kacau bilau dalam negara, kami menentang sehabis keras.”
Ketika dihubungi, Maria melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Ali itu, tetapi tidak merancang untuk membuat laporan polis terhadapnya.
Beliau berkata Bersih 2.0 akan terus komited kepada usaha mendesak reformasi institusi di Malaysia.
“Kami akan tumpu pada tuntutan kami kerana ia mengenai reformasi institusi, termasuklah pilihan raya adil dan bersih yang sangat diperlukan di negara ini.
“Kami akan teruskan rancangan kami kerana kami percaya ini sesuatu yang kami mahu lakukan demi negara.”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Main ugut bunuh pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 12:47 PM | Show all posts
nak tengok sapa buat report polis ugutan dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh la ali tinju masuk raja lawak.... Vote for ali tinju
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh la ali tinju masuk raja lawak.... Vote for ali tinju
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:15 PM | Show all posts
attention seeker.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2016 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni cacai taknak report polis ke hanat? @kemaruk @bioessence @rashiman @shamsadis @Simunggu @tobby @silencekiller
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya kerana tajuk thread tulis ugut bunuh, macai2 pon ingat ali yinju ugut bunuh.. nampak tak bengapnya macai2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgu tajuk biter kt paper 20 November nt...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 05:56 PM | Show all posts
Sendiri ugut orang sendiri cakap takut...
Apa punya ali....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Serupa dengan ugutan bunuh nih.. Gila ka apa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ali tinju ni sampah bahan alas kaki orang politik je. Aku lagi respek rani kulup dari ali tinju walupun depa kawan. Tapi rani kulup kadang ada gak statement dia yang boleh la diterima sket. Ali tinju memang macai politik 100%
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.042050 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list