CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4676|Reply: 20

Penat Pandu Kereta, Lelaki Republik Czech Pandu Pesawat Pergi Kerja

[Copy link]
Post time 19-9-2016 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://n1.cmsfile.pg0.cn/

sumber foto: http://imgs.ebrun.com/



Kebiasaannya kita pergi melancong atau berurusan rasmi di luar negara, barulah menaiki kapal terbang kerana perjalanan jauh.


Namun, bertempat di barat daya Republik Czech terdapat seorang lelaki bernama Frantisek Hadrava dari Kampung Zdikov dikatakan tidak tahan 'penat' ketika memandu kereta, bertindak mencipta kapal terbang sendiri untuk ke tempat kerja.


Menurut laporan Portal Oddity Central, hasil tindakan itu, tempoh perjalanan dapat dipendekkan sehingga tujuh minit berbanding memandu selama 14 minit untuk ke tempat kerja di sebuah kilang kecil di Drevostroj di bandar Ckyne.


Difahamkan pesawat ciptaannya itu merupakan pesawat ringan berasaskan model kapal terbang Mini-Max, sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS), sejak dua tahun lalu.




sumber foto: http://img.ltn.com.tw/



Jelasnya, empat lot parkir kereta diperlukan untuk meletakkan kapal terbang miliknya yang dinamakan Vampira itu.


Vampira seberat 175 kilogram yang dikuasakan dengan sebuah enjin tiga silinder, menggunakan enam liter minyak petrol bagi penerbangan selama sejam dan pesawat itu mampu mencapai kelajuan maksimum 91 kilometer sejam.


Menariknya, Hadrava hanya membelanjakan sebanyak 100,000 Czech Coruna (RM16,956) bagi membangunkan Vampira.


Lelaki itu memberitahu mula jatuh cinta dengan kapal terbang ketika berusia 10 tahun selepas menonton sebuah dokumentari mengenai pesawat lama.- CARI











sumber info: www.ageekyworld.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 03:30 PM | Show all posts
        
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lor.. 14 minit je pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 05:41 PM | Show all posts
Minat yang lebih sebenarnya alasan je penat tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 05:58 PM | Show all posts
haha...14 minit ja pun...klu aku nie yg berulang alik 45 minit pegi, 45 minit balik camno??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 07:57 PM | Show all posts
14 minit je pun. Lepas tu kena maki dengan co-workers amik banyak sangat parking spots.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2016 07:59 PM | Show all posts
Dan aku rasa aku bawak kereta lagi laju daripada bawak kapal terbang ni. 91km/j je.

Tapi kagum lah jugak dia berusaha untuk jimat masa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 06:25 AM | Show all posts
Jimat 7 minit, pastu amik masa tarik kapal terbang tu ke tmpat parking pulak tolak -??minit. nak tarik benda tu pon pakai tenaga, letih jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2016 09:26 AM | Show all posts
murah betul bajet dia buat kapal terbang... pastu minyak pon murah jer... pastu x de sapa kacau dia bwk kapai terbang..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:42 AM | Show all posts
tapi org x marah ke guna 4 lot parking tu.

ape2 pun, pandai die buat kapal terbang sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
14 minit je kot? Aku drive 30 minit untuk sehala...itupun kalau tak terperangkap dalam jem nenas!



OT - hanam001 ni #haramjadah betul everywhere ada iklan tu!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 12:43 PM | Show all posts
igtkan cut smpai 2-3 jam, ini beza berapa minit je, hrmjdh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas pulak dgn jpj negara dia ek. Kalau kat malaysia. Tukar spec kena itu ini kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 07:28 AM | Show all posts
Hmm silap zaman dia nih. Dia patut buat drone.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 04:38 PM | Show all posts
kreativiti muncul dalam keadaan terdesak
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2016 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
murahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2016 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sandal replied at 19-9-2016 10:25 PM
Jimat 7 minit, pastu amik masa tarik kapal terbang tu ke tmpat parking pulak tolak -??minit. nak tar ...

Nanti malam nak guna tenaga batin tak ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2016 08:33 PM | Show all posts
la igt kn perjalanan ke tmp kerja 14jam upanya 14minit je....
cari umh dekat kilang la xnk jauh
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Xleceh ke nk parking?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 09:55 PM | Show all posts
hareeeesah replied at 19-9-2016 07:59 PM
Dan aku rasa aku bawak kereta lagi laju daripada bawak kapal terbang ni. 91km/j je.

Tapi kagum la ...

91 miles patutnye.. dlm 146 km/jam
wartawan tk reti baca agaknye.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.239957 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list