KIta sedia maklum orang Jepun memang merupakan bangsa yang sangat bangga dengan bangsa sendiri dan golongan lelaki pula agak ego dengan hak dan kedudukan lelaki.
sumber foto: https://heavyeditorial.files.wordpress.com/
Baru-baru ini, keputusan pertandingan ratu Jepun telah diumumkan, juara telah dimenangi oleh Priyanka Yoshikawa, seorang wanita kacukan bangsa Jepun dengan India.
Difahamkan Priyanka Yoshikawa bakal mewakili Jepun untuk bertanding di pertandingan ratu sedunia, namun terdapat netizen dari Jepun mengatakan dia seorang anak kacukan tidak layak wakil Jepun.
kontroversi perkauman di kalangan orang Jepun pernah berlaku juga pada tahun lepas apabila seorang wanita kacukan Amerika Negro dengan Jepun berjaya dinobat sebagai Ratu Universe dalam peratndingan ratu Universe, dan perkara yang sama timbul sekali lagi.
sumber foto: http://starsunfolded.1ygkv60km.netdna-cdn.com/
Priyanka Yoshikawa yang berusia 22 tahun dilahirkan di Tokyo, ayahnya seorang India dan ibu seorang Jepun, ketika umurnya 10 tahun, dia pernah dibuli akibat masalah warna kulit.
Berkenaan kesangsian netizen, Priyanka Yoshikawa bertekad akan terus berusaha memperbetulkan masalah prasangka antara kaum yang berlaku di Jepun.- CARI