View: 2907|Reply: 7
|
Bersantai & Makan Di Junction@ 11, Shah Alam Dengan Konsep Terbuka
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Kadang-kadang fikir nak makan di mana lebih parah daripada buat perkara lain. Betul tak?
Untuk mendapatkan semua makanan di tempat yang sama, selesa, tenang dan cantik, sememangnya sukar. Namun, jangan risau semuanya ada di Junction@ 11 di Seksyen 11, Shah Alam.
Sebuah tempat makan ala medan selera yang cantik, tenang, bersih dan ada kelas tersendiri.
Junction@ 11 sebenarnya ialah bekas stesen minyak yang diubah suai menjadi sebuah restoran makanan barat dan dilengkapi dengan gerai makanan di sekelilingnya.
Berkonsep terbuka, Junction@ 11 yang terletak berhampiran Dewan Jenjarom, Seksyen 11, menawarkan pelbagai menu, daripada masakan tempatan hingga barat.
Restoran Deli & Drinks yang menjadi tunggak utama Junction@ 11, menggunakan konsep ala hipster yang menenangkan.
Deli & Drinks menawarkan menu makanan barat seperti chicken chop, roast chicken, lamb grill, lasagna, fish and chips, meatball pasta, butter prawn pasta dan aneka jenis minuman termasuk jus buah.
Pemilik restoran itu, Mohd. Shah Ibrahim, 54, ialah bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS) yang telah berkhidmat selama 20 tahun dengan syarikat penerbangan milik negara itu.
Sebab itulah faktor kebersihan, kualiti dan persembahan makanan serta kepuasan pengunjung diutamakan.
Antara gerai yang popular dan sering mendapat sambutan ialah Port Bujang yang menawarkan ayam dan kambing panggang, pelbagai jenis burger dan hotdog serta kentang goreng.
Selain itu, pengusaha char kuew tiau yang terkenal di Seksyen 13 turut membuka gerai di Junction@ 11.
Info Junction@ 11
Lokasi : Lot B, Jalan Wau 11/1, Seksyen 11, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi : 6 petang hingga 12 tengah malam. Tutup Isnin.
Menu istimewa : Makanan barat, laksa, char kuew tiau dan nasi Arab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti penuh dengan uni students |
|
|
|
|
|
|
|
SAT NI nak pi la. Kalau tak, Nasik Ayam Pak Mal + sup kaki pun buleh. Fuhh panas berpeloh2. Tuu dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
bolehla cuba kalau tersesat kat shah alam nanti |
|
|
|
|
|
|
|
tak sedap bagi kaknab....kaknab rasa ada yg lebih sedap dan berbaloi dari sini...kaknab g hari tu so so je |
|
|
|
|
|
|
|
murah harga dia...boleh cuba nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah lepas raya tu ada night bazar kat seksyen 20 area suri puteri apartment.. Tapi tak lama kena sita dengan MBSA.. Tapak takde lesen ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam best je. kena try ni haha. |
|
|
|
|
|
|
| |
|