Kebanjiran pendatang asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara kita kebelakangan ini telah mendapat perhatian banyak pihak.
Keadaan ekonomi Malaysia yang kian berkembang pesat dengan pelbagai projek pembangunan mega sudah pastinya membuka banyak peluang pekerjaan. Bukan sahaja dalam sektor pembinaan, malah dalam sektor pertanian, perkilangan dan juga pelbagai sektor yang lain.
Sebelum ini, negara pernah dikejutkan dengan pengumuman akan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh bagi memenuhi keperluan industri tempatan. Namun ramai pihak mula bersuara kerana jumlah itu dikira terlalu besar dan akan mendatangkan banyak masalah sosial serta kesihatan. Kemudian, pengambilan tersebut telah dibekukan atas beberapa sebab.
Terkini, video yang memaparkan kemasukan pendatang asing ke negara kita telah mula tersebar luas di media sosial sejak awal pagi tadi. Lihat video dibawah :
Ratusan pendatang asing itu dipercayai baru tiba dari Sri Lanka, India. Rata-rata netizen yang menonton video tersebut marah dan mengecam kemasukan pendatang asing itu.
Menurut seorang pengguna media sosial, Asri Burhan, kebanjiran pendatang asing dan PATI yang sedia ada sudah cukup ramai dan merimaskan.
“Sediada pun aku dah rimas. Penuh kat Kota Raya masa hari cuti umum. Dah x macam awal 2000. Enjoy bila hari cuti kat bandaraya KL.,” katanya. - CARI.
Sumber - Facebook Aspzam Namaku Diberi |