View: 37380|Reply: 292
|
Sampai Hati Saharul Ridzwan Tak Jemput Mia Ahmad Mkn Kenduri
[Copy link]
|
|
Edited by juliez at 23-9-2016 03:03 PM
Tak dijemput ke kenduri Saharul - Mia Ahmad
KUALA LUMPUR: Pelakon, Mia Ahmad mendedahkan dia tiada di majlis perkahwinan Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir, minggu lalu disebabkan tidak mendapat jemputan, bukan kerana isu peribadi seperti disebarkan individu tertentu.
Katanya, dia perlu bersuara menjelaskan keadaan supaya nanti isu berkenaan tidak dipanjangkan yang dibimbangi boleh menimbulkan salah faham terhadap mana-mana pihak.
Walaupun awalnya Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi keberatan mengulas isu dibangkitkan netizen, akhirnya bintang Hati Perempuan itu membuka mulut.
"Saya tidak mahu orang lain fikir bukan-bukan. Sampai ada antara komen (dalam laman sosial) yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki saja. Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir?
"Inilah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan sinis netizen yang bertanya kenapa saya tidak pergi ke majlis kahwinnya. Kemudian timbul pula perbandingan mengapa pelakon lain ada, saya tiada.
"Siap mendakwa kalau sudah kata kawan baik mengapa kenapa tidak hadiri majlis itu. Komen lain pula berbunyi, kata profesional, kenapa mengelak? Mulalah 'naik' pula nama Mira Filzah yang tidak pernah berlakon dengan Saharul pun nampak kelibat," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, Mia yang turut dilantik sebagai duta portal Tonton bersama Saharul pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktor terbabit ketika mereka digandingkan menerusi drama bersiri Hati Perempuan, tahun lalu.
Hubungan yang kononnya disifatkan sebagai cinta lokasi bagaimanapun dinafikan kedua-dua pihak selain masing-masing memaklumkan mereka sekadar bersahabat baik.
Malah ketika muncul perkhabaran Saharul bakal berkahwin dengan gadis pilihannya, cerita Mia akrab dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi lebih dulu bertebaran.
Enggan memanjangkan isu, kata Mia buat masa ini tumpuannya lebih kepada perniagaan yang menjurus kepada minyak wangi di bawah jenamanya sendiri, Sweetness by Mia Ahmad serta maskara KOHL Lashes by Mia Ahmad.
Dalam melaksanakan kerja promosi dan jualan menerusi internet, gadis berusia 28 tahun itu juga bakal menjalani penggambaran drama bersiri, Jejak Karmila arahan Murali Abdullah terbitan Zeel Production bagi slot Zehra TV3.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/194735
|
|
|
|
|
|
|
|
1 keje lak netizen jadi batu api |
|
|
|
|
|
|
|
Eh ingat sheols haritu yg bgambar ngan pengantin pakai shawl hitam bergroup photo skali masa resepsi saharul utk fans heols
Ni sape sbnrnya yg xkasik jemput? Saharul ke deena? |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke diorang ada hubungan istimewa .... ???
kalau betul la gossip mia dengan pemain goal tu lebih dulu bertebaran .. mungkinkah Mia yang curang?
sehingga saharul pun memutuskan untuk menikah dengan siap sahaja yang datang ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai hati Saharul x jemput Mia , kata haritu kawan baik . Duta TonTon gak kan |
|
|
|
|
|
|
|
amboi tt tajuk.. sedihnyaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian kau dekkkk...x djemput |
|
|
|
|
|
|
|
benang pak saha lg satu tu pn x abis hencap..sambung plk ke sini
motip ramlal n pogo x jemput mia..bkn besfren ke |
|
|
|
|
|
|
|
Motip sangat deme berdua ni..mesti ade something2 sampai x d jemput..retis lain ade pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk yg Tt bagi, buat ai terus nk baca benang ni....
Kesian kak mia .. nak buat cmne skrg saha da dpt barbie doll yg lainn xmo da |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya SR ngan Deena dah berkawan dari sebelum dia popular dan tk pernah putus kot. Cuma SR tk nk tayang2 je. Teruk Deena n family termasuk kawan2 rapat dia kena attack kat IG and twitter masa drama Hati Perempuan ngan meletop. Brutal fans Mia ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fans mia memang macam tu ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan keproparaan couple itu..jd aku team mia utk kes ni...
Tp ko tetap kayu dik...aritu akak tgk lakonan ko menantu 3 rse..hg ckp utara kan..x dpt rasa lakonan ko..hmm..mcm mne ni dik |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu pulok..ku ingat gosip je saha bercinta ngan miakayu..
Maigoddd..kayu betol u blakon miakayu..cite kelako pon kayu... |
|
|
|
|
|
|
|
chicsee replied at 21-9-2016 05:08 PM
Rasanya SR ngan Deena dah berkawan dari sebelum dia popular dan tk pernah putus kot. Cuma SR tk nk ...
Kaum kerabat deena attack org pun apa kurangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak iols nak speku mia rijek sahar..pastu sahar frust.. pastu try balik si deena pogo..cinta berputik kembali konsepnya...ok jom kawenn.. sahar nak jemput mihah datang mai kenduri tp dibantah keras oleh deena pogo... dan berbhgiaa la sahar ramlal dan deena pogo ke akhir hayat..
iols speku je occay..speku |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni ke chuols?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|