|
Pelajar Perempuan Tingkatan Tiga Yang Dilarikan Dua Lelaki Sudah Ditemui
Dikesmaskini : Khamis, 5.15pm
Kajang: Pelajar perempuan tingkatan tiga, Nur Darleen Dazreeza Azhar, 15, yang dipercayai dibawa lari pagi tadi telah ditemui dalam keadaan selamat petang ini.
Nur Darleen yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn 2 dihantar pulang ke rumahnya oleh orang awam pada 2.30 petang selepas ditemui berjalan sendirian pasar raya besar AEON Big, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya..
Dalam kejadian 7 pagi tadi, Nur Darleen dikatakan sedang menunggu van di depan rumahnya untuk ke sekolah sebelum dilarikan dua lelaki menunggang motosikal.
Kejadian itu dilihat pemandu van dan beberapa pelajar yang berada di dalam van berkenaan. Namun dua suspek masih belum berjaya dikesan. - CARI
Pelajar Perempuan Tingkatan Tiga Dilarikan Dua Lelaki Dengan Motosikal
Dikesmaskini : Khamis, 12.20pm
Nur Darleen Dazeera Azhar
Satu kejadian culik telah berlaku pada awal pagi tadi di Jalan Suasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn. Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dilarikan dua lelaki yang menunggang motosikal di hadapan rumahnya.
Memetik laporan Berita Harian, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar berkenaan, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, sedang menunggu van untuk ke sekolah. Bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin, berkata kejadian itu dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun tidak sempat berbuat apa-apa.
"Dia (Nur Darleen) sepatutnya menaiki van itu ke sekolah. Bagaimanapun, pagi tadi dia dilihat ditarik dua lelaki bermotosikal dan dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu.
"emandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka tetapi, lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan memarahinya kerana berbuat demikian," kataya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Orang ramai yang terjumpa pelajar perempuan diatas bolehlah menghubungi pihak polis atau hadir ke balai Polis berdekatan anda. - CARI |
|