Jambatan menjadi penghubung utama kepada pengangkutan darat untuk ke sesuatu tempat yang sukar dilalui. Selain itu, jambatan yang unik juga menjadi tumpuan pelancong kerana ia juga dianggap sebagai ikonik bagi sesebuah tempat.
Di China, pasukan jurutera negara itu telah menyelesaikan pembinaan struktur yang bakal menjadi jambatan tertinggi di dunia di mana, kedua-dua bahagian jambatan itu telah dihubungkan pada minggu lalu, kata pihak berkuasa tempatan.
Jambatan Beipanjiang terletak di kawasan pergunungan di barat daya China, pada ketinggian 565 meter di atas sebuah sungai. Ukuran jambatan tertinggi di ambil kira melalui jarak di antara struktur jambatan dan permukaan bumi. Untuk jambatan dengan struktur tertinggi, ia adalah milik jambatan Millau Viaduct di Perancis, dengan struktur setinggi 343 meter.
Jambatan Beipanjiang akan merampas gelaran Jambatan Sungai Si Du di tengah wilayah Hubei sebagai jambatan tertinggi di dunia, tambah kenyataan tersebut.
Jambatan itu dijangka dibuka pada akhir tahun ini, sekali gus memendekkan perjalanan dari Liupanshui di Guizhou ke Xuanwei dekat wilayah Yunnan, dari kira-kira lima jam kepada kurang dua jam, menurut stesen televisyen.
Kita sebagai rakyat Malaysia juga harus berbangga kerana negara kita turut memiliki sebuah jambatan yang cukup terkenal dan merupakan jambatan ke-4 terpanjang di Asia Tenggara iaitu Jambatan Pulau Pinang. Jika dilihat, struktur Jambatan Pulau Pinang juga tidak jauh bezanya dengan Jambatan Beipanjiang ini - CARI.
aku tak ingat kat mana tah
ada gambar penduduk kampung yg melintasi gunung2 hendak ke pekan
mmg bahaya
budak2, org tua...seriau aku tengok
kalau la jambatan spt ni dibina di sana...alangkah bagusnya
aku pun gayat dan penakut
sedangkan rumah apartment yg ada balcony kat luar tu....
tak berani aku nak keluar ke balcony...
jambatan gantung tu pun aku terpaksa lalu
tu pun kena paksa masa buat jungle trekking