CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3707|Reply: 11

Suspek Yang Larikan Nur Darleen Dazeera Dikenalpasti- Ketua Polis Kajang

[Copy link]
Post time 23-9-2016 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto: internet



Laporan terkini Bernama menyatakan seorang daripada dua suspek yang dipercayai melarikan pelajar Tingkatan Tiga, Nur Darleen Dazeera Azhar di Bandar Tun Hussein Onn, semalam telah pun dikenal pasti pihak polis.


Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, penganggur berusia 25 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan tinggal berhampiran rumah mangsa.

"Kita masih memburu suspek kedua yang dikatakan ada bersama suspek pertama"


Tambah Asisten Komisioner Othman Nanyan, keterangan beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes akan diambil.


Semalam, sekitar pukul 7 pagi, Nur Darleen Dazeera dilaporkan diculik dua lelaki ketika menunggu van untuk ke sekolah, .


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, itu dikatakan ditarik dua lelaki bermotosikal di hadapan rumahnya dan kejadian disaksikan pemandu van serta beberapa rakannya.


Bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 petang semalam, Nur Darleen Dazeera ditemui berjalan sendirian berhampiran rumahnya dan dihantar pulang oleh orang awam.- CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2016 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa motif penculikan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
:zz:zz:zz:zz biar la polis yg settle kn....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Fishy sgt ko dik
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 03:27 AM | Show all posts
penganggur berusia 25 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan tinggal berhampiran rumah mangsa


bau ikan   
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai asek2 semua fishy bau ikan. Tengokla pulak fakta kes, bagaimana kejadian berlaku,motif,pelaku yg terlibat dan bagaimana mangsa dilarikan serta kejadian selepas itu. Jgnla plk semua kes colek adalah semata2 rekakarya dan rekacipta semata-mata. Rasa2nya kalaulah perkara tersebut adalah rekaan kedua2 pelaku & mangsa sptmana kes2 yg tlh lepas,kemungkinan mangsa tak akan balik lagi. Mungkin masih menyurok krn mangsa jg jd takut nk dedahkan perkara sebenar. Biasanya kalau kes berpakat,mangsa akn ada semua butir2 pelaku slt kontek no, butir2 peribadi & gambar semasa. Mesti akn terdedah punya. Seorang budak pompuan x akn dpt tahan rehsia punya,abeh akn didedahkan bila disoalsiasat.
Tapi kalau ini betul2 mangsa,memang mangsa & x kenal sgt,manakan nk ada butir2 peribadi dpt didedahkan. Jd tiada link yg dpt dihubungkait motif penculikan dgn mangsa adalah berunsurkan suatu pakatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2016 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade something fishy laa
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko org semua dah kena kencing.....

Yg kencing ko org ialah .......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2016 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap dorang x sempat buat apa2 la kat adik ni. Btw nice name.. Darleen.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 07:17 PM | Show all posts
mana thread asal?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
boyagombak replied at 24-9-2016 12:37 PM
Hai asek2 semua fishy bau ikan. Tengokla pulak fakta kes, bagaimana kejadian berlaku,motif,pelaku yg ...

Panjang umur terserempak kat sini. Baru ingatkan kau yg sesat kat sungai klang td
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemain real madrid ka itu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.068754 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list