Oleh Izzah Abbasy
Jarang yang mengamalkan makan telur puyuh rebus dan biasanya telur ayam menjadi pilihan di waktu pagi untuk sarapan tidak kiralah rebus separuh masak dan goreng.
Harga telur puyuh ini tidaklah terlalu murah, jika dibandingkan dengan telur ayam. Itulah sebabnya ramai yang lebih memilih telur ayam dibandingkan dibandingkan telur ini. Akan tetapi banyak manfaat telur puyuh yang sangat berguna untuk kesihatan.
Telur puyuh kaya dengan kandungan kolesterol baik atau dikenal juga dengan istilah lain kolesterol HDL, dan bukannya kolesterol buruk atau kolesterol LDL. Telur ini mempunyai kandungan gizi seperti :
Vitamin B2
Vitamin A
Protein (Protein pada telur puyuh lebih tinggi 2% dibandingkan kandungan protein dari telur ayam)
Bagaimana nak rebus?
1) Senang sahaja, didihkan air dan air harus lebih tinggi daripada telur (pastikan tenggelam).
2) Rebus selama 4 minit. Angkat dan rendamkan dalam air yang sejuk.
3) Kemudian kupas, siap untuk dimakan.
|