Menjadi trending sejak semalam pemilik nama Nadia Nordin di laman media sosial selepas videonya memukul seorang wanita bogel dan belasah suaminya yang didakwa wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya, tersebar menjadi viral.
Rata-rata netizen pula khususnya wanita, dilihat menyokong perbuatan Nadia kerana merasakan ia setimpal atas perbuatan wanita itu menggoda suami orang.
Video boleh dilihat di laman Youtube
Dalam video viral tersebut, Nadia dilihat memukul seorang wanita dalam keadaan bogel tanpa belas kasihan di sebuah bilik hotel.
Insiden itu dikatakan berlaku di pekan Sungai Golok, Kota Bharu, pagi Selasa lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail berkata, kejadian berlaku di negara jiran dan pihaknya menerima dua laporan termasuk daripada mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, Sabtu lalu.
Polis juga menerima laporan kedua hari ini dibuat seorang wanita dipercayai turut ada di dalam rakaman itu yang dituduh menyebarkan video itu.
Netizen menyokong tindakan Nadia Nordin membelasah suami yang curang dan ia sekaligus memberi peringatan buat lelaki yang cuba mengkhianati isteri sendiri.
Berikut status dan komen netizen di Facebook bahkan ada juga yang berkongsikan pengalaman suami yang curang dan kaki pukul.
|