CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3472|Reply: 12

Cara Mudah Jadikan Kopi 3 in 1 Anda Lebih Enak

[Copy link]
Post time 28-9-2016 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Kopi segera 3 dalam 1 memang menjadi pilihan ramai pada masa ini. Bukan sahaja mudah disediakan, malah rasanya pun enak.


Namun, itu sebenarnya belum cukup menjadikan kopi anda selazat mungkin. Ini kerana ia masih tidak dapat menandingi air kopi yang digiling sendiri biji kopinya.


Pun begitu, jangan risau kerana ada petua yang anda boleh lakukan agar kopi segera anda boleh tampil seenak kopi yang asli.


Memetik laman Purewow, berikut merupakan cara yang anda boleh cuba ya, dalam menyediakan kopi segera agar sentiasa enak dan juga lazat menawan kalbu.










1. Bahan yang diperlukan satu sachet kopi segera, air sejuk dan air panas.

2. Tuangkan satu hingga dua sudu air sejuk ke dalam cawan.

3. Masukkan kopi segera anda ke dalam cawan. Kacau hingga rata.

4. Kemudian barulah tuang air panas sehingga penuh. Kacaulah hingga rata.




Mengapa cara ini lebih berkesan? Ini kerana jika anda melarutkan kopi segera di dalam air panas, amilum yang terkandung dalam butirannya akan mengeras dan menghasilkan rasa tepung yang kurang enak.


Yes! kini dah tahu rahsianya. Bolehlah hidangkan kawan-kawan pula dengan resipi rahsia ini! - CARI



Add Image Caption Here


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2016 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo leh try pasni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 10:00 PM | Show all posts
Boleh try tips ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak minum 3 in 1 baru tau... Nescafe hijau peneman belajar dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
3 in 1 tak elok lah.tinggi kandungan gula
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2016 02:54 PM | Show all posts
yeke? nnti la nk cuber
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2016 04:07 PM | Show all posts
Tak semestinya 3 in 1. Milo biasa ke, nescafe biasa ke, pun boleh buat camnih.

Tapi tips aku, utk make the drink (xkisah air apa, milo kopi, dll) more creamier, senang jeh..

1) Mcm biasa letak tepung milo, gula, susu dalam cawan ikut kuantiti yg biasa letak.
2) Gaul semua tu, tanpa air, bagi sebati.
3) Tuang air panas yg tgh didih panas (boiling hot water). Jgn tuang sampai penuh. Tuang suku gelas jeh.
4) Gaul dan campur sampai semua bahan2 tuh, sebati. Pastikan semuanya sebati dan tak ada sikit pun tepung lebihan. Semuanya dah jadi pes.
5) Tuang air panas ikut suhu yg di kehendaki. dan kacau sampai semuanya larut.
6) Nikmati minuman anda.

Tak tau laa kena ke tak dgn tekak korg petua/tips ni. Tapi, masa aku kerja gerai makanan tepi jalan dulu, aku buat ikut cara ni. Ramai komen kata sedap. Rasa lain dari yg biasa diorg minum.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 09:17 AM | Show all posts
dark_knight26 replied at 4-10-2016 04:07 PM
Tak semestinya 3 in 1. Milo biasa ke, nescafe biasa ke, pun boleh buat camnih.

Tapi tips aku, ut ...

tenkiu bagi tip...boleh try lepas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2016 11:13 AM | Show all posts
Inezkhalidi replied at 28-9-2016 10:57 PM
Dah tak minum 3 in 1 baru tau... Nescafe hijau peneman belajar dulu2

nes hijau...kalo minum..bole stayup smpi subuhteringat zaman stdy dlu..nes hijau je yg lil bole lyn..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 11:30 AM | Show all posts
siapa dah try apa rasa nya
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 07:42 PM | Show all posts
ler ramai tak tau nk bancuh hot beverage lagi ke..demmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 10:39 AM | Show all posts
3 in one susah nak kene dgn tekak aku....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama xbeli 3 in 1
Minum kt umh kkk je, dia suka bancuh white coffee 1 sachet utk 1 jug tambah susu pekat sikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.051119 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list