Sayur pucuk paku masak lemak cili api sememangnya hidangan kegemaran ramai dan penambah selera jika dimakan bersama nasi hangat.
Tetapi masakan ini jarang boleh didapati di restoran kerana hanya restoran tertentu saja yang menyediakan hidangan ini, sebagai contohnya restoran masakan ala kampung.
Jadi, kalau teringin nak merasa pucuk paku masak lemak cili api bolehlah cuba buat sendiri dirumah dengan mengikut cara-cara dalam resepi dibawah ini. Resepi dipetik dari iresipi.com.
Sebelum itu, kalau nak beli pucuk paku pastikan daunnya masih segar dan tidak layu. Jika daunnya sudah bertukar warna gelap di hujung, maknanya daun sudah lama dipetik dan tidak segar. Tips ini sangat penting kerana kalau kuah lemak anda "menjadi" tetapi pucuk paku tak segar, memang kurang sedap.
PASTIKAN PUCUK PAKU YANG MASIH SEGAR. Kredit foto - ezujusoh.blogspot.com
CARA MENYEDIAKANNYA
1. masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersamam serai, air dan santan. Tunggu sehingga mendidih
2. masukkan ubi keledek dan masak sehingga ubi empuk.
3. seterusnya masukkan bahan perasa kacau sebentar..
4. akhir sekali masukkan pucuk paku
5. masak sehingga pucuk paku empuk
6. Sedia dihidang
Tips : Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul.
Hari-hari masak kari, sayur air pun bosan juga. Sesekali buat sayur masak lemak pucuk paku pasti suami pun terpaku. - CARI