View: 1613|Reply: 4
|
Rumah Pertama: KWSP Diminta Tambah Peratusan Pengeluaran
[Copy link]
|
|
Jika cadangan untuk menambah peratusan pengeluaran KWSP untuk pembelian kediaman pertama dapat dilaksanakan, pastinya ia bakal memberi kelegaan kepada ramai masyarakat.
Seperti yang dilaporkan menerusi Berita Harian, Kementerian Kewangan kini sedang berbincang dengan KWSP agar memberi sedikit keanjalan atau pun kelonggaran kepada pembeli kediaman pertama.
Ini termasuklah menambah peratusan untuk pengeluaran bagi memudahkan pencarum membayar ansuran bulanan, seperti yang diperkatakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.
"Kami melihat kepada peratusan tertentu yang kita boleh tinjau bagaimana KWSP boleh membenarkan pencarum menggunakan sebahagian daripada caruman untuk meningkatkan keupayaan membayar ansuran.
"Mereka ini berkemampuan mendapatkan pinjaman bank tetapi ada jurang yang tidak dapat di servis bersandarkan (kadar) dengan gaji semasa," ujarnya. - CARI
Foto: Antarapos
|
|
|
|
|
|
|
|
Camni le cadangan yg nampak kecerdikan skit |
|
|
|
|
|
|
|
ada gak bahayanya... bila buat macamni maka ianya menambahkan purchasing power pada para pembeli... dari segi short term mmg ok tapi long term advantage ni akan dinaturalize dek increase in price. Bila purchasing power bertambah, demand tinggi... bila demand tinggi lagi cepat rega naik. Tak kira rumah baru or 2nd hand.
Sama kesla macam kalu BNM approve to lengthen loan tenureship... dari ramai tak mampu jadi mampu. Tapi kes KWSP tu at least duit sendiri, bukan hutang. Cuma at the expense of post retirement money la.
Aku lebih suka kalu gomen regulate kat pemilikan rumah kedua, ketiga etc. Control speculators yg kacau rega rumah ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|