Dalam filem Hollywood 'The Curious Case of Benjamin Button', watak lakonan Brad Pitt mempunyai tubuh badan yang istimewa, sejak dilahirkan rupa bentuknya menyerupai bayi berwajah orang tua yang berumur 80 tahun.
sumber foto: Daily Mail
Di dunia realiti sekarang terdapat juga seorang bayi lelaki sejak dilahirkan wajahnya berkedut dan berwajah menyerupai lelaki tua, tetapi ibu bapanya menganggapnya sebagai Bayi Ajaib.
Memetik laporan portal Daily Mail, bayi berkenaan dilahirkan di daerah Magura, Bangladesh pada Ahad lalu.
Pakar perubatan yang terkejut dengan kelahiran itu dan mengesahkan bahawa bayi itu menghidap penyakit luar biasa yang dipanggil sebagai 'Progeria'.
sumber foto: Daily Mail
Progeria merupakan satu penyakit genektik luar biasa yang menyebabkan tubuh badan bayi berumur lebih cepat daripada bayi normal.
Bayi lelaki itu mempunyai kedutan di muka, tubuh badan yang ceduk dan mata berongga.
Menurut doktor, “Bayi itu tidak kelihatan seperti seorang bayi yang baru dilahirkan. Dia mempunyai kedutan dan tekstur kulit yang kasar."
Bagaimanapun, ibu bapa bayi tersebut gembira dengan kelahiran anak ‘ajaib’ itu.- CARI