Filem baharu Power Rangers pastinya menimbulkan nostalgia sekali gus berita baik buat semua peminat watak adiwira yang pernah menjadi fenomena suatu ketika sekitar awal 90-an.
Sumber foto: Daily Mail
Bagi peminat Power Rangers, Lionsgate Movies telah melancarkan teaser pertamanya bagi filem Power Rangers, Sabtu lalu sempena New York Comic Con. Menonton secara sepintas lalu, teaser itu kelihatan tidak tersasar jauh dari jalan cerita asal siri televisyen Power Rangers era 90-an.
Dalam pratonton filem itu, lima remaja sekolah tinggi Angel Grove memiliki kuasa luar biasa yang mampu melawan kuasa makhluk asing yang ingin menakluk bumi. Perwatakan yang dipaparkan teaser itu juga tidak terlalu berbeza di mana mereka merupakan sekumpulan remaja yang tersisih di sekolah.
Pembukaan teaser terbabit menunjukkan watak Red Ranger Jason yang dilakonkan Dacre Montgomery, berperwatakan seorang pemarah yang bermasalah di rumah. Manakala Blue Ranger Billy (RJ Cyler) dan Yellow Ranger Trini (Becky G) merupakan mangsa buli. Pink Ranger Kimberly (Naomi Scott) pula, mahu diterima rakan-rakan selain Black Ranger Zack (Ludi Lin) yang lebih gemar menyendiri.
Sumber foto: http://screenrant.com
Sumber foto: Youtube
Namun, apa yang menarik adalah filem terbitan Lionsgate ini diolah semula dari siri filem itu dengan imej dan haluan berbeza jelas terpapar pada beberapa poster awal yang disebarkan. Malahan lebih dari itu, Power Rangers kini tidak lagi memakai kostum spandeks sebaliknya mereka muncul dengan sut berperisai seakan milik Iron Man.
Bagaimana? Anda teruja dengan trailer yang menjadi fenomena di seluruh dunia ini? Sama-samalah kita nantikan tayangannya Mac akan datang! - CARI |