CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2461|Reply: 9

Gabungan Teh Dan Pisang Bawa Manfaat Besar

[Copy link]
Post time 12-10-2016 05:33 PM | Show all posts |Read mode


Sumber: Beforeitsnews



Sukar mendapatkan tidur yang berkualiti? Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana ia pasti akan menyebabkan masalah besar kepada diri seseorang individu.




Namun jangan khuatir sebab banyak cara boleh mengatasinya dan antaranya ialah dengan mencuba teh pisang bagi mendapatkan tidur yang nyenyak dan nyaman.


Kesihatan yang sempurna sudah tentunya datang dari tabiat tidur yang baik. Orang yang tak cukup tidur sebenarnnya terdedah kepada banyak risiko penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi.


Waktu tidurlah yang akan membolehkan otak beristirehat, memulihkan kembali badan yang letih dan sebagainya. Sebab itu mereka yang tak cukup tidur akan kelihatan lemau dan tidak bermaya.


Jangan terkejut kalau jutaan orang di seluruh dunia sekarang sedang menderita kerana mempunyai gangguan dan masalah tidur.


Sumber: dream.co.id


Senang sahaja cara nak buat teh pisang dan pastinya minuman ini diyakini dapat membantu menyelesaikan semua permasalahan ini:



1. Didihkan air selama 10 minit dan masukkan uncang teh ke dalamnya.
2. Masukkan hirisan pisang ke dalamnya dan tunggu sehingga mendidih
pisang
3. Masukkan ke dalam cawan dan taburkan serbuk kayu manis.


Amalkan minum air rebusan gabungan dari dua bahan ini satu jam sebelum tidur untuk tidur lena diulit mimpi.-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 06:29 PM | Show all posts
Sis nak cubalah. order air teh kat mamak buh pisang... Nka tengok orang sebelah pelik ke tidek
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
siskepoh replied at 12-10-2016 06:29 PM
Sis nak cubalah. order air teh kat mamak buh pisang... Nka tengok orang sebelah pelik ke tidek

Sis...kalau sis order teh pisang kat mamak...gerenti dia mai bawak teh tarik satu pisang sebijik
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:08 PM | Show all posts
Menarik tipsnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 09:40 AM | Show all posts
erk masuk kayu manis...?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik ni unt dicuba
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2016 12:34 PM | Show all posts
pastu pisang tu?
amik air rebusan je?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau layan teh tarik ngn roti pisang agak2 efek dia lebih kurang tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2016 04:57 PM | Show all posts
siskepoh replied at 12-10-2016 06:29 PM
Sis nak cubalah. order air teh kat mamak buh pisang... Nka tengok orang sebelah pelik ke tidek

ko tak payah nak tgu org sebelah kata pelik ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 12:57 PM | Show all posts
pisang dgn teh dua-dua anginnnn..
meolls tak boleh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.105512 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list