Sumber: FB Syahir Sepet
Kelakar ada, kasihan pun ada dengan lelaki yang ditahan selama hampir setengah jam oleh pihak Imegresen Hong Kong gara-gara gambar di passport tidak sama dengan mukanya sekarang.
Pengguna laman Facebook yang menggunakan nama Syahir Sepet ini berkongsi pengalamannya ditahan dan diajukan soalan bertubi-tubi berkenaan pasport miliknya kerana wajahnya sudah kurus dan nampak sangat berbeza selepas menjalani program diet selama 2 bulan.
Di status itu juga Syahir sempat bertanya adakah dia perlu menukar passportnya untuk mengelakkan masalah yang sama berlaku di negara lain.
Sumber: FB Syahir Sepet
Bagi menjawab persoalan tersebut, jurucakap Jabatan Imigresen menasihati orang ramai yang berdepan dengan situasi ini untuk menghubungi pihak kedutaan Malaysia di negara yang dilawati.
“Adalah menjadi satu kesukaran kepada pemegang pasport untuk menukar pasport setiap kali berlaku perubahan fizikal dari gemuk ke kurus atau sebaliknya"
“Jika dia berada di luar negara, kita nasihatkan mereka yang menghadapi masalah berkaitan pasport untuk menghubungi kedutaan bagi mendapatkan bantuan,” katanya kepada Utusan Online.
Perkara ini menjadi viral dengan komen-komen netizen yang merasakan perkara ini agak kelakar tapi sangat mencemaskan jika berlaku terhadap diri mereka sendiri.
Apa-apa pun, 'salute' pada lelaki ini yang berjaya menguruskan badan sampai orang lain dah tak dapat nak cam muka. -CARI |