Apabila isi rumah mahu berjimat-cermat dalam segala penggunaannya, mulalah macam-macam perkara pelik terbayang di fikiran. Bagaimana pula jika kita boleh menyediakan tujuh telur goreng dengan hanya bermodalkan sebutir telur. Mungkinkah? Biasanya sebiji telur untuk sebiji telur goreng.
Kalau anda tak percaya, mari cuba buat perkara yang kita sangka mustahil ini!
1. Anda hanya memerlukan sebiji telur dan bekukannya selama lima jam.
2. Masukkan telur yang sudah beku tadi ke dalam air panas selama seminit
3. Kupas kulit telur
4. Hiris telur kepada tujuh bahagian dan goreng sebiji demi sebiji
5. Anda sudah dapat tujuh biji telur goreng!
Sumber foto: http://www.lelakisihat.com
Mudah saja kan? Apalagi, cubalah sekarang jika anda ingin jimatkan kos! Siapa tahu boleh membantu di saat kegawatan ekonomi? - CARI |