CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2448|Reply: 6

Jambatan Kuning Di Bali Runtuh, Lebih 10 Orang Maut!

[Copy link]
Post time 17-10-2016 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Susulan lebih muatan, jambatan gantung yang menghubungkan Pulau Nusa Ceningan dan Nusa Penida iaitu pulau-pulau kecil di sekitar Bali dikatakan terputus dan roboh sehingga mengakibatkan lebih 10 orang maut manakala 30 orang disahkan cedera parah.


Menurut  Ketua Pusat Data, Informasi Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, kejadian itu berlaku kira-kira 7 malam kelmarin dan ketika itu ramai penduduk sibuk melintasi jambatan tersebut.

"Berdasarkan laporan awal, semua korban adalah masyarakat tempatan, tidak ada warga asing."


Difahamkan pada masa itu penduduk tempatan yang melintasi jambatan itu sedang melakukan upacara keagamaan di Pura Bakung Ceningan bagi menyambut Hari Nyepi Segara dan mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti laut.


Operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada pukul 8 malam tadi kerana keadaan gelap dan disambung semula 6 pagi ini namun setakat ini sebanyak sembilan mayat telah ditemukan, tambah Sutopo Purwo.


34 mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat berhampiran.


Menurut seorang saksi ketika kejadian jambatan tersebut kelihatan bergoyang-goyang sebelum kabel penggantungnya terputus.


Titi kayu jambatan yang dibina pada tahun 1990-an itu sebelum ini dikatakan mengalami kerosakan dan penduduk tempatan telah meletakkan papan tanda amaran mengenai kerosakan itu.- CARI

sumber foto: www.thesun.co.uk

sumber foto: www.thesun.co.uk

sumber foto: www.thesun.co.uk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2016 03:03 PM | Show all posts
nyepi segara tu mcmne?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah pada yg terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 06:05 PM | Show all posts
dah ada amarann rosak..

masih nak guna lagi

memang dungu la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 06:06 PM | Show all posts
takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 17-10-2016 03:03 PM
nyepi segara tu mcmne?

Pernah gi bali..hari nyepi tu sbarang aktiviti x dibenarkn..klau yg ada kluar kt jln nnti kna tgkap. Kereta ambulns pun x dbenarkn rsanya. B4 tu kiri knan jln dorg wat perarakn patung2 dewa.. nsib baik msa aku pergi tu msa nk blik esoknya  bru hari nyepi.. tp start pkul 4 ptg smua aktiviti  dberhentikn..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2016 11:24 AM | Show all posts
hanasensei replied at 19-10-2016 10:48 PM
Pernah gi bali..hari nyepi tu sbarang aktiviti x dibenarkn..klau yg ada kluar kt jln nnti kna tgka ...

sampai mcm tu sekali??? xtvt breti serta merta..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.608963 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list