|
|
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA sebentar tadi, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,Datuk Jamal Yunos ditahan terus oleh pegawai polis yang dipercayai berkaitan dengan kumpulan baju merah yang diketuainya.
Difahamkan, berikutan ada pihak membuat laporan polis berhubung rakaman video mengenai beberapa anggota kumpulan berbaju merah itu yang dikatakan bertindak kasar dan menyerang ahli kumpulan Bersih2.0 di Sabak Bernam baru-baru ini, justeru pihak polis menahannya untuk membantu siasatan yang telah dimulakan.
Datuk Jamal dalam status laman media sosialnya, memaklumkan kepada penyokongnya bahawa dia telah ditahan oleh pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman dan kini sedang dalam perjalanan ke Balai Polis Dang Wangi.- CARI
sumber foto: http://m.themalaymailonline.com |
|