Sumber Foto: IG Beyonce
Nasib yang menimpa Beyonce ini boleh dipanggil sebagai tragedi 'telinga berdarah' apabila rambut tocang penyanyi ini tersangkut pada subang di sebelah kiri telinganya ketika melakukan persembahan di konsert Tidal X: 1015
Difahamkan ketika itu penyanyi berkenaan sedang menyanyikan lagu Haunted, dan walaupun ia menyebabkan pendarahan, Beyonce tetap meneruskan tariannya.
Kejadian tersebut turut dirakamkan oleh penonton yang ada di situ sebelum menyebarkannya ke dalam media sosial dan rata-rata memujinya kerana tetap memberikan persembahan mantap walaupun dalam kesakitan.
Menurut laporan dari Huffington Post, terdapat segelintir peminat yang bertindak mengelar telinga mereka sebagai tanda solidariti bersama penyanyi berkenaan.
Sumber Foto: TheHuffington post
Rakaman video dan gambar perbuatan 'gila' para peminat tersebut dimuat naik di media sosial dengan hashtag #CutForBeyonce dan #BleedForBeyonce. Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai melampau dan bodoh.
Beyonce sekarang ini baru sahaja tamat dengan konsert jelajahnya Formation yang berakhir di New Jersey, Amerika Syarikat.
Lebih dari 2.2. juta tiket telah habis terjual dengan nilai mencecah RM 1 bilion dalam konsert yang turut menampilkan Kendrick Lamar dan Jay Z sebagai artis jemputan itu. -CARI |