Pengguna diharap tidak tertipu dengan penyebaran berita palsu berkenaan kononnnya terdapat gangguan bekalan air pada hari ini dan besok di kawasan Klang, Kuala Langat dan Shah Alam.
Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah dalam kenyataannya kepada Bernama berkata yang mesej tersebut ialah gangguan air berjadual yang telah dilaksanakan pada 21 Okt 2015.
Bagi mendapatkan maklumat yang sahih tentang ganguan bekalan air, pengguna dinasihatkan merujuk kepada aplikasi telefon pintar, 'mySyabas" atau melayari laman sesawang www.syabas.com.my -CARI
Sumber Foto: Notainfo.com
|