CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4074|Reply: 5

Aiskrim Taiyaki, Pencuci Mulut Jepun Kini Jadi Trending Di NYC

[Copy link]
Post time 24-10-2016 02:55 PM | Show all posts |Read mode


Taiyaki merupakan kuih Jepun berbentuk seperti ikan, dan diperbuat dari adunan tepung Taiyaki, kemudian diisi kacang merah, coklat, vanilla, keju, atau sosej dan macam-macam lagi. Kini taiyaki sudah berevolusi menjadi 'Aiskrim Taiyaki'! Ia boleh didapati di New York Chinatown.





Sumber foto: IG Taiyaki NYC





Pencuci mulut ini diubahsuai menggunakan bater berlainan untuk memberi tekstur wafel yang lebih rangup. Taiyaki ini memiliki 'mulut' yang lebih luas untuk diletak aiskrim yang lazat berkrim, manakala 'ekor'nya menyembunyikan inti rahsia diperbuat daripada kastard dan kacang merah.





Sumber foto: http://en.rocketnews24.com





Aiskrim ini dijual di sebuah kedai bernama Taiyaki NYC di mana reka bentuk uniknya dicipta menggunakan perkakas khas berbentuk ikan yang ditempah dari Jepun dan Taiwan.


Pemilik bersama kedai itu, Jimmy Chen, mendapat idea membuka kedai aiskrim taiyaki ini selepas dia jatuh cinta dengan kuih comel dari Jepun itu semasa mengunjungi negara Matahari itu. Kedai itu mendapat sambutan hangat sebaik sahaja ia dibuka kepada orang ramai dengan gambar-gambar juadah comel itu dikongsi dan disebarkan meluas melalui Instagram.


Taiyaki ini didatangkan dengan pelbagai perisa aiskrim termasuklah teh hijau dan biji bijan hitam, manakala hiasannya termasuk 'chocolate rice', strawberi segar, wafer, dan banyak lagi.





Sumber foto: IG Taiyaki NYC





Bilalah agaknya evolusi taiyaki ini akan tiba di Malaysia ya? Pasti berpusu-pusu orang beratur untuk mendapatkannya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2016 03:58 PM | Show all posts
halal ke ...........
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 05:04 PM | Show all posts
arghhh..nak makannn
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 08:15 PM | Show all posts
sedapnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
G aeon mall Shah alam tu.... ada dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 11:57 AM | Show all posts
aeon mid valley pun da ada.
seekor taiyaki dgn ice cream rm10 chuoolls..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.033135 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list