CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3988|Reply: 8

8 teknik perempuan boleh guna untuk ajak laki kahwin.. kalau malu la

[Copy link]
Post time 27-10-2016 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Bila cakap pasal kahwin je, mesti boleh bikin semua orang tersenyum simpul. Tapi, kadang-kadang susah betul nak bagitahu dekat pasangan yang korang nak dia masuk meminang kan.

Nah, ni 10 hint yang korang boleh try dekat boyfriend untuk ajak dia kahwin. Mana tahu menjadi!

1. Sedap tak I masak? Kalau sedap kahwin la dengan I. Hiks


Nak pikat lelaki kenalah pikat perutnya dulu. Apakata korang bagi dia try air tangan korang. Barulah teringat-ingat.

2. Jom jumpa mak ayah I hujung minggu ni. Nak kenal-kenal je.



Sebelum nak mulakan hubungan kenalah minta restu ibu bapa dulu. Pelawa si dia datang rumah anda untuk berkenalan dengan mak dan ayah korang yang super cool tu. Mesti dia terbuka hati nak hantar rombongan meminang.

3. Eh..Poh Kong ada buat sale besar-besaran dalam sejarah!



Cincin akan menjadi satu petanda keramat untuk sesebuah perkahwinan. So, bila korang usha-usha cincin, mesti dia dapat rasa hint yang menusuk hati itu! Hihi

4. I nampak U dalam solat Istikharah.



Biasannya kalau nak tahu lelaki tu jodoh kita ke tak, kita akan tunaikan solat Istikharah. Katanya kalau nampak wajah si dia dalam mimpi, memang jodoh la.

5. I teringin nak buat wedding simple tapi nice macam Hanez Suraya & Romie

Kalau pergi je wedding kawan-kawan, korang bagilah hint cakap nak tema perkahwinan idaman korang. Siap kemukakan bajet sekali tu. Hehe.


6. Baby tu comel lah u.. Nak satu!


Korang kenalah tunjuk pada si dia yang korang mempunyai sikap penyayang dan bakal jadi ibu terbaik pada anak-anak. Barulah dia yakin nak kahwin dengan korang!

7. I nak U selalu ada di sisi selamanya



Aippp! Belum kahwin tak boleh peluk-peluk lagi. Huhu.. Cukuplah sekadar korang beritahu dia yang korang nak forever and ever bersamanya. Tapi, jangan pula sampai jadi clingy… Rimas tau tak!

8. Kalau u suka I, kita kahwin. Tak suka I cari lain!


Semua cara di atas tak menjadi sebab si dia memang jenis blur? Ah.. senang saja, calm yourself dan ajak je kahwin secara terus-terang. Nak tak nak belakang cerita, janji mencuba kan?

Tapi kami percaya, sudah tentu teman lelaki korang akan cakap ” Yes, I would love to marry you”.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar lah dia yang make a move. Jangan tunggu sampai mereput dah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
yg no 6 tu,nanti lelaki ingat dia diajak beromen
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 09:17 AM | Show all posts
lelaki tak serius atau terlalu pemalu je sampai si perempuan kena bagi hint untuk ajak kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 02:46 PM | Show all posts
ko cari aje bakal2 suami yg lain dik, kasi dia rasa saingan skit..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 02:52 PM | Show all posts
I pon terasa cm nk baby, ha mmpus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2016 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tipuware replied at 31-10-2016 02:46 PM
ko cari aje bakal2 suami yg lain dik, kasi dia rasa saingan skit..


Yg ni setuju....pakat ngn mana2 kawan lelaki kan....bagi rasa insecure....kalau depa buat relek je maksudnya ko ni stok2 geli je la
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 04:38 PM | Show all posts
Kalau lelaki tak proposed juga dah lama berkawan tu baik kau tinggalkan je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2016 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua x jalan...
I rasa mmg kena cari lain dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.297326 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list